awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
Iran tegaskan suasana kembali aman, tolak naratif palsu berita luar
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fei-Din 'gugur' pertarungan 50 minit Kejohanan Dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2025
23:45 MYT
Fei-Din 'gugur' pertarungan 50 minit Kejohanan Dunia
Cabaran Paris 2025 Sze Fei-Nur Izzuddin terhenti dalam pusingan ketiga. - Foto Sinar Harian
HASRAT beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, untuk mara lebih jauh kempen Kejohanan Dunia berkecai apabila terhenti di pusingan ketiga selepas ditunjukan jalan keluar dari Adidas Arena, Paris.
Sze Fei-Nur Izzuddin dikenali Fei -Din berstatus nombor tiga dunia tunduk 22-20, 15-21, 23-21 kepada wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.
Kekalahan dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit itu juga kekalahan pertama Fei-Din kepada beregu ranking ke-18 dunia tersebut dalam empat pertemuan terakhir.
Keputusan di bumi Paris itu juga menyaksikan Fei-Din mengulangi pencapaian sama kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2021.
Fei-Din bermula garang set pertama apabila menang 22-20 biarpun diberikan tentangan hebat Jhe Huei-Po Hsuan.
Beregu sensasi Taiwan itu bagaimanpun tidak mengalah kemudian bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-15.
Set penentuan, Fei-Din kembali dengan semangat juang tinggi dari ketinggalan 12-16 untuk mendahului 20-17 sebelum semangat itu tenang dipadamkan kematangan Jhe Huei-Po Hsuan dengan kemenangan 23-21. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kejohanan Dunia 2025
#Paris
#Taiwan
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan