Ferrari perkenal kereta baharu untuk musim Formula 1 2026

Hamilton menyertai pasukan itu tahun lepas dalam perpindahan besar-besaran daripada Mercedes, namun tidak dapat memenuhi jangkaan dalam musim yang sangat mengecewakan. - Gambar fail/AP
BERLIN: Ferrari memperkenalkan kereta baharu untuk musim Formula 1 2026 pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Ferrari memperkenalkan kereta baharu untuk musim Formula 1 2026 dengan harapan menamatkan kemarau kejuaraan mereka sejak 2008.
- Perubahan terbesar dalam peraturan F1 sepanjang 25 tahun lalu dijangka memberikan persaingan yang seimbang.
- Ujian rasmi pramusim dijadualkan di Bahrain sebelum musim baharu bermula di Grand Prix Australia pada 8 Mac.
Selepas majlis pelancaran, jentera SF-26 telah dipandu di Litar Fiorano milik persendirian Ferrari untuk larian sulungnya bersama juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc.
Hamilton menyertai pasukan itu tahun lepas dalam perpindahan besar-besaran daripada Mercedes, namun tidak dapat memenuhi jangkaan dalam musim yang sangat mengecewakan.
"Semua orang bermula dari awal, jadi ia benar-benar memberikan persaingan yang seimbang," kata Hamilton.
"Seterusnya ia bergantung sepenuhnya kepada aspek pembangunan, siapa yang mampu melakukan penambahbaikan dengan lebih pantas, siapa yang tampil dengan idea terbaik, dan bagaimana pasukan yang padu dapat berkembang pada tahap yang sama."
Ujian rasmi pramusim di Bahrain dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 13 Feb dan 18 hingga 20 Feb, manakala saingan musim baharu akan bermula di Grand Prix Australia pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


