awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei

Astro Arena
Astro Arena
18/12/2023
04:07 MYT
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Ia merupakan kemenangan kelima Axelsen dalam kejohanan itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Final Siri Super Dunia. - Foto Stadium Astro
VICTOR AXELSEN mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi 21-11, 21-12 di Hangzhou semalam.
Kemenangan dominan itu menyaksikan Axelsen melunaskan dendamnya ke atas Yu Qi selepas tewas dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, sekali gus mengukuhkan reputasi jaguh Denmark itu sebagai perseorangan lelaki terbaik era ini.
Ia merupakan kemenangan kelimanya dalam kejohanan itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Final Siri Super Dunia.
Kemenangan itu juga menyaksikan Axelsen menyamai rekod legenda badminton negara, Lee Chong Wei, memenangi tiga gelaran berturut-turut selepas melakukannya pada 2021 dan tahun lalu.
Sebagai rekod, Chong Wei merupakan pemain pertama melakukannya dalam era Siri Super, di mana dia memenangi gelaran itu dari 2008 hingga 2010.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Victor Axelsen
#Final Jelajah Dunia BWF
#Lee Chong Wei
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan