awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh

Astro Arena
Astro Arena
16/01/2023
15:56 MYT
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Ketua pasukan, Theerathon Bunmathan, muncul pencetus kejayaan buat pasukan juara bertahan itu menerusi jaringan tunggalnya dalam pertemuan kali ini. - Foto AP
THAILAND mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Ketua pasukan, Theerathon Bunmathan, muncul pencetus kejayaan buat pasukan juara bertahan itu menerusi jaringan tunggalnya dalam pertemuan kali ini.
Aksi final pertama di Stadium My Dinh, Hanoi pada Jumaat lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 tetapi Thailand sekurang-kurangnya membawa bekalan gol di laman lawan.
Bermain di gelanggang sendiri jelas memberikan semangat luar biasa buat barisan pemain skuad Gajah Perang itu dan mereka hanya memerlukan 24 minit untuk memecahkan kebuntuan jaringan apabila Theerathon bijak memanfaatkan hantaran Adisak Kraisorn untuk meledakkan jaringan jarak jauh dari luar kawasan penalti.
Tersentak dengan jaringan itu, Vietnam menambahkan asakan ke kubu Thailand tetapi segala gerakan mereka berakhir dengan kebuntuan.
Peeradol Chamrasamee kemudian dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung perlawanan kerana mengasari Nguyen Quang Hai tetapi itu masih belum cukup untuk menghalang Thailand untuk bergelar juara.
Kekalahan kepada Thailand juga menyaksikan Vietnam gagal memberikan hadiah perpisahan terbaik buat ketua jurulatih mereka, Park Hang-seo, yang tidak akan memperbaharui kontraknya selepas tamat tempoh pada penghujung bulan ini.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Piala AFF
#Juara
#Theerathon Bunmathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan