awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Piala Malaysia pada 8 Dis di Stadium Nasional

Bernama
Bernama
08/11/2023
08:00 MYT
Final Piala Malaysia pada 8 Dis di Stadium Nasional
Sepak mula aksi akhir antara dua gergasi bola sepak negara itu ditetapkan pada 9 malam, 8 Dis ini. - Foto Facebook MFL
KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa final Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC bulan depan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
MFL menerusi catatan di Facebooknya memaklumkan sepak mula aksi akhir antara dua gergasi bola sepak negara itu ditetapkan pada 9 malam, 8 Dis ini.
Bagaimanapun, MFL belum mengumumkan harga tiket bagi aksi berkenaan.
Juara edisi 2017, 2019 dan 2022, JDT yang telah mengesahkan kejuaraan Liga Super ke-10 berturut-turut, mara ke final selepas mencatatkan kemenangan agregat 12-2 ke atas Perak FC pada separuh akhir.
Terengganu yang merupakan juara edisi 2001, mengesahkan slot ke final menerusi kemenangan 4-2 secara agregat ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC.
Kualiti rumput baharu di Stadium Nasional menerima kritikan pada Pestabola Merdeka bulan lepas, yang merupakan kejohanan pertama diadakan di lokasi berkenaan selepas ditutup sejak Mac bagi menaik taraf padang menggunakan rumput baru jenis Zeon Zoysia.
Dalam catatan sama, MFL mengumumkan tarikh dan venue bagi perlawanan akhir MFL Challenge Cup antara PDRM FC dan Kuching City FC.
Skuad Sang Saka Biru akan menjadi tuan rumah final pertama pada 29 Nov di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), manakala Kuching City menjadi hos final kedua pada 3 Dis di Stadium Negeri, dengan kedua-dua aksi akan bermula pada 8.15 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Bolasepak Malaysia
#final piala malaysia
#MFL
#JDT
#Terengganu FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan