awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FMLLP, FAM hancurkan daya saing TRW - Annuar Musa

Bernama
Bernama
09/07/2017
09:34 MYT
FMLLP, FAM hancurkan daya saing TRW - Annuar Musa
ANNUAR: Pelaburan penaja habis 'ke laut'.
Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghancurkan daya saing pasukan The Red Warriors (TRW).
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu berkata Kelantan kini berdepan diturunkan ke Liga Perdana akibat sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kedua-dua badan tersebut.
"FMLLP (dan) FAM sudah boleh bergembira meraikan kejayaan mereka menghancurkan daya saing TRW. Kini TRW sedang menuju (ke) Liga Perdana dan pelaburan penaja habis ke laut," katanya menerusi catatan dalam laman sosial Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, KAFA berdepan beberapa isu dengan FMLLP antaranya dipotong tiga mata dalam saingan Liga Super selepas persatuan itu gagal melunaskan tunggakan gaji pemain pasukan tersebut musim lalu.
Selain itu, KAFA turut dikenakan sekatan membawa masuk penyerang import dari Perancis, Seydi L Imam bagi menggantikan pemain import, Alessandro Podovani Celin.
Rayuan yang dikemukakan KAFA bagi mendapatkan khidmat pemain tersebut turut ditolak FMLLP.
Kelantan kini berada di tangga ketujuh saingan Liga Super dengan 17 mata selepas 14 perlawanan hasil daripada enam kemenangan, dua seri dan enam kekalahan.
Dalam aksi Piala FA pula pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu hanya sekadar layak beraksi di peringkat pusingan kedua selepas tewas kepada pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC).
Dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirainya Selasa lalu, Kelantan di tangga ketiga Kumpulan C apabila mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan selepas dua perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#FAM
#KAFA
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan