awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Formula 1 lanjut kontrak Grand Prix Azerbaijan hingga 2030

Bernama
Bernama
21/09/2025
06:45 MYT
Formula 1 lanjut kontrak Grand Prix Azerbaijan hingga 2030
Pertama kali dianjurkan pada 2016, Baku City Circuit terkenal dengan perlumbaan yang sukar diramal. - Gambar fail/Reuters
BAKU: Perlumbaan Formula 1 (F1) akan terus berlangsung di Baku sehingga 2030 selepas penganjur dan kerajaan Azerbaijan pada Sabtu bersetuju melanjutkan kontrak Grand Prix Azerbaijan selama empat tahun, menurut Baku City Circuit, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Perlumbaan Formula 1 (F1) di Baku, Azerbaijan akan diteruskan sehingga 2030 selepas kontrak Grand Prix Azerbaijan dilanjutkan selama empat tahun lagi.
  • Litar Baku dianggap unik kerana gabungan laluan lurus panjang dan selekoh sempit di kawasan bandar lama, serta terkenal dengan perlumbaan yang sukar diramal dan menghiburkan.
  • Sejak dianjurkan pada 2016, tujuh pemenang berbeza telah muncul dalam lapan edisi, dengan tontonan global mencecah 66 juta penonton pada 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali menyifatkan litar itu sebagai "unik" kerana menggabungkan laluan lurus panjang dengan selekoh sempit melalui yang bandar lama, sekali gus menghadirkan "perlumbaan penuh peristiwa dan menghiburkan setiap tahun."
"Pembaharuan ini mencerminkan kepercayaan serta komitmen kukuh antara Formula 1, kerajaan Azerbaijan dan penganjur, serta membuka jalan kepada masa depan yang lebih menarik di negara ini," katanya.
Litar sepanjang enam kilometer itu menarik peminat dari lebih 70 negara dan wilayah pada 2024, dengan tontonan global di kaca TV mencecah 66 juta penonton, menurut penganjur.
Pertama kali dianjurkan pada 2016, Baku City Circuit terkenal dengan perlumbaan yang sukar diramal, dengan tujuh pemenang berbeza dalam lapan edisi.
Setakat ini, hanya Sergio Perez pernah meraih kemenangan dua kali, manakala Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Oscar Piastri turut tersenarai sebagai pemenang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Grand Prix Azerbaijan
#Perlumbaan Formula 1
#kontrak disambung
#Stefano Domenicali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan