awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal menang trofi, Barcelona pecat Xavi

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2024
05:00 MYT
Gagal menang trofi, Barcelona pecat Xavi
Xavi akan mengendalikan perlawanan terakhir La Liga pasukan pada hari Ahad di Sevilla sebelum melepaskan jawatannya itu. - Gambar/ AP
BARCELONA telah memecat pengendali pasukannya, Xavi Hernandez Jumaat selepas gergasi Catalan itu gagal memenangi trofi musim ini.
Xavi akan mengendalikan perlawanan terakhir La Liga pasukan pada hari Ahad di Sevilla sebelum melepaskan jawatannya itu.
"Presiden Barcelona, Joan Laporta telah memberitahu Xavi Hernandez bahawa tugas beliau sebagai jurulatih untuk musim 2024-25 tidak diteruskan," kata Barcelona dalam satu kenyataan.
Bekas jurulatih Bayern Munich dan Jerman, Hansi Flick dijangka menggantikan Xavi.
Pada bulan Januari, Xavi berkata, dia akan mengundurkan diri pada penghujung musim tetapi, selepas prestasi cemerlang, pada April dia dan presiden Laporta bersetuju jurulatih itu akan kekal untuk kempen seterusnya, dengan kontraknya akan tamat pada Jun 2025
Bagaimanapun, keadaan segera berubah dengan laporan media Sepanyol Laporta berasa marah dengan komen Xavi yang menunjukkan sukar untuk kelab yang kurang kewangan itu untuk bersaing dengan Real Madrid dan pasukan elit Eropah yang lain.
“Barcelona ingin mengucapkan terima kasih kepada Xavi atas kerjanya sebagai jurulatih, yang menambahkan lagi kerjayanya yang tidak dapat ditandingi sebagai pemain dan kapten pasukan utama, dan mendoakan yang terbaik untuknya pada masa hadapan,” kata kenyataan itu lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#barcelona
#xavi hernandez
#La Liga
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan