awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal

Astro Arena
Astro Arena
06/07/2022
03:00 MYT
Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier bersama Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dalam sidang media di stadium Parc des Princes. - Foto AP
CHRISTOPHE Galtier sah dinamakan sebagai ketua jurulatih baharu Paris Saint-Germain (PSG) selepas Mauricio Pochettino meninggalkan pasukan juara Ligue 1 itu.
PSG memenangi liga dengan jurang 15 mata musim 2021-22 tetapi Pochettino meninggalkan pasukan itu malam tadi selepas gagal membawa pulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pertama mereka.
Galtier kemudian diberikan kepercayaan untuk membimbing PSG, di mana dia mendapat sokongan penuh daripada pengarah sukan kelab itu, Luis Campos.
Campos dan Galtier sebelum ini pernah bekerjasama ketika mereka membantu Lille mengatasi PSG dengan kelebihan satu mata untuk memenangi Ligue 1 musim 2022-21.
Selepas kejayaan itu, Galtier kemudian meninggalkan Lille untuk menyertai Nice.
Bagaimanapun, dia hanya berada di French Riviera untuk semusim - menamatkan liga di tempat kelima dan mara ke final Coupe de France - sebelum meninggalkan kelab itu bulan lalu dan Nice kemudian memanggil semula Lucien Favre sebagai pengganti.
Ia menimbulkan spekulasi bahawa Galtier akan menyertai PSG untuk menggantikan Pochettino, yang masa depannya bersama kelab itu kian kabur sejak penghujung musim lalu.
Pemergian Pochettino hanya disahkan beberapa jam sebelum Galtier tiba bersama Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, dalam sidang media.
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL), di mana mereka tewas kepada Real Madrid dalam pusingan 16 musim lalu.
Dia juga menjadi jurulatih keenam PSG sejak 2012.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Christophe Galtier
#PSG
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan