Selepas tamat perlawanan separuh akhir yang berat sebelah antara Jerman dan Brazil pagi tadi, laman media sosial kecoh apabila dibanjiri beberapa gambar rusuhan yang kononnya berlaku di beberapa bandar utama negara itu termasuk Sao Paolo.

Ia ekoran kekalahan 1-7 skuad rumah di tangan Jerman.

Namun tidak kesemua gambar yang dimuat naikiyi adalah gambar sebenar.

Menurut laman web Buzzfeed gambar-gambar itu merupakan lama rusuhan yang berlaku setahun dahulu.

Gambar itu diambil oleh seorang wartawan Associated Press pada 26 Jun 2013 apabila polis dan penunjuk perasaan bertempur.


Walau bagaimanapun, timbul sedikit keadaan huru-hara semasa perlawanan Brazil-Jerman, dimana peminat dilihat membakar bendera negara itu di luar stadium semasa separuh masa perlawanan itu.


Selain itu ada peminat yang sedang menonton perlawanan bersejarah itu di pantai Copacabana terpaksa melarikan diri apabila beberapa lelaki muda merompak orang ramai.


Bagaimanapun keadaan pada dasarnya terkawal dan pihak telah polis ditempatkan di stadium itu bagi memastikan keselamatan peminat.