awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gary Neville malu dengan tindakan Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
26/12/2023
05:50 MYT
Gary Neville malu dengan tindakan Manchester United
Bekas kapten United tersebut mempersoalkan masa pengumuman itu yang dibuat pada jam 4 petang pada Malam Krismas.- Foto Stadium Astro
GARY Neville menyimpulkan perjalanan Manchester United sepanjang tahun ini sebagai "memalukan sampai ke sudah" selepas pengambilalihan Sir Jim Ratcliffe terhadap 25 peratus kepentingan dalam kelab itu diumumkan pada malam Krismas.
Neville mengucapkan selamat maju jaya kepada pengerusi Kumpulan Ineos berumur 71 tahun itu -- yang juga merupakan peminat United yang dilahirkan berhampiran di Failsworth -- dalam usaha mengembalikan kelab berkenaan untuk menikmati kegemilangan terdahulu.
Begitupun, bekas kapten United tersebut mempersoalkan masa pengumuman itu yang dibuat pada jam 4 petang pada Malam Krismas dengan meluahkan di X: “Manchester United 2023 sangat memalukan hingga ke sudah.
“Tempoh ini adalah benar-benar mengerikan dan tiada organisasi yang waras yang akan terlintas melakukannya.
Manchester United 2023 has been a disgrace to the end. The timing of this is truly awful and no functioning organisation would even think about it. Anyway all the very best to Jim Radcliffe and I hope he can somehow work out a way to get the club right again and back to being
— Gary Neville (@GNev2) December 24, 2023
“Apa pun yang terbaik, selamat maju jaya kepada Jim Ratcliffe dan saya harap dia boleh mencari cara untuk memulihkan semula kelab itu dan kembali menjadi sebuah kelab yang dihormati baik di dalam dan di luar padang.”
Pembelian 25 peratus kepentingan Ratcliffe dibuat selepas pemilik kelab yang berpangkalan di Amerika Syarikat, keluarga Glazer, mendedahkan hasrat mereka untuk menilai pilihan yang ada termasuk berkemungkinan menjual terus kelab itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Gary Neville
#Manchester United
#Sir Jim Ratcliffe
#memalukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan