GARY NEVILLE teruja dengan persembahan Manchester United yang disifatkan sebagai mustahil ketika mereka menewaskan Liverpool 1-2, awal pagi tadi.
Bekas ketua pasukan juara 20 kali tersebut mengakui dia sendiri tidak percaya bagaimana kemenangan yang dinanti-nantikan itu berlaku, sekali gus menghentikan permulaan buruan di bawah kendalian Erik ten Hag.
United tumbang dua perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah pengurus baru mereka itu apabila kecundang kepada Brighton & Hove Albion di laman sendiri dan kunjungan ke Brentford, secara tidak langsung mencetuskan perbincangan mengenai pergolakan dalam kem itu.
Namun, jaringan daripada Jadon Sancho dan Marcus Rashford menjulang barisan Ten Hag untuk mengatasi Liverpool yang masih ketandusan kemenangan pertama dalam saingan musim ini.
Neville berasa geram dengan tahap persembahan United ketika dibelasah Brentford 0-4, sembilan hari sebelumnya tetapi tiba-tiba bertukar pandangannya selepas kemenangan di Old Trafford itu.
"Sejujurnya, saya benar-benar terkejut," katanya dalam peranannya sebagai pakar Sky Sports.
“Saya tidak fikir ia satu kemungkinan, atas apa yang saya lihat malam ini, daripada segi tindak balas.
“Saya fikir pemain sedang bergelut di penghujung musim lalu dan permulaan musim ini.
"Apa yang berlaku minggu ini saya tidak pasti tetapi mereka telah memberi maklum balas. Mungkin sedikit perubahan dalam kakitangan untuk membuat keputusan berani.
"Kapten (Harry Maguire), pemain bintang (Cristiano Ronaldo) kedua-duanya diketepikan di bangku simpanan. Ini bermakna pengurus itu kurang mendapat kepercayaan daripada pemain-pemain lain.
"Bruno Fernandes telah bertindak balas; Saya fikir Lisandro Martinez di bahagian benteng telah beraksi dengan baik di samping Raphael Varane. Saya tidak tahu apakah ia tetapi saya tidak percaya dengan apa yang baru saya saksikan.
“Liverpool tidak berada pada tahap terbaik mereka, mari kita jelaskan, tetapi mereka tidak berada pada tahap terbaik menentang Crystal Palace dan Fulham.
“Ia hanyalah perbezaan daripada segi usaha Manchester United; mereka telah mengatasi Liverpool, mereka telah mengatasi Liverpool." -- Stadium Astro
Astro Arena
Tue Aug 23 2022
Jaringan daripada Jadon Sancho dan Marcus Rashford menjulang barisan Ten Hag untuk mengatasi Liverpool yang masih ketandusan kemenangan pertama. - Foto Stadium Astro
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Van Dijk mahu pemain Liverpool lihat cermin
Gol setiap babak bermula dengan minit ke-27 diikuti minit ke-58 juga menyaksikan peluang Liverpool untuk merangkul kejuaraan EPL semakin samar.
Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.
EPL: Liverpool kembali temui rentak kemenangan
Jurgen Klopp puji prestasi separuh masa kedua sempurna yang disajikan Liverpool selepas mereka memuktamadkan kemenangan 3-1 di Fulham.
Klopp terima kenyataan kurang ancaman punca Liverpool tewas
Mohamed Salah kurang menunjukkan prestasi terbaiknya sejak kembali dari kecederaan hamstring.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.
Jurgen Klopp janji kebangkitan Liverpool
Klopp berikrar bahawa Liverpool akan menunjukkan reaksi hebat terhadap kekalahan mengejut 0-3 di tempat sendiri kepada Atalanta.
'Itu semua palsu' - Ruben Amorim
Amorim juga berada dalam senarai pendek calon bagi pengendali Bayern Munich, sekiranya Thomas Tuchel meletakkan jawatannya.
UEL: Atalanta buat Liverpool berduka di laman sendiri
Liverpool kini berkemungkinan akan tersingkir dalam saingan Liga Eropa UEFA (UEL).
UEL: Tiga tonggak utama Liverpool kembali perkuat pasukan
Diogo Jota, Trent Alexander-Arnold dan Alisson Becker dijangkka kembali dalam perlawanan suku akhir UEL menentang Atalanta, awal pagi ini.