awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gastak umum tarik diri daripada PSM berkuat kuasa serta-merta

Bernama
Bernama
09/05/2021
07:48 MYT
Gastak umum tarik diri daripada PSM berkuat kuasa serta-merta
Gastak umum menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkuat kuasa serta-merta. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) hari ini mengumumkan menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berikutan penggantungan Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail oleh Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
Presiden Gastak Zuraidin Abdullah berkata keputusan itu berkuat kuasa serta-merta susulan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat minggu lepas.
"Gastak telah membincangkan tindakan dan keputusan ASTAF secara terperinci, dan berpandangan kemelut di antara kedua-dua badan induk iaitu PSM dan ASTAF akan menjejaskan pembangunan sukan sepak takraw, merencatkan kerjasama serta peluang di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ahmad digantung selama 15 tahun mulai 6 Mei oleh Jawatankuasa Tatatertib ASTAF.
Mengulas lanjut, Zuraidin berkata Gastak berpendirian bahawa sudah tiba masa seluruh pentadbir sepak takraw di peringkat nasional dan negeri mengambil tanggungjawab menetapkan hala tuju lebih jelas demi kelangsungan masa depan sukan itu.
"Gastak sebelum ini mempunyai pendirian tidak berbelah bagi memberikan kerjasama dan sokongan terhadap pelbagai program dilakukan PSM untuk pembangunan sukan ini di Malaysia,
""Kami akan mengambil langkah-langkah susulan dan menentukan tindakan untuk mengembalikan maruah serta pembangunan sukan sepak takraw di segenap peringkat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GASTAK
#sepak takraw
#PSM
#Persatuan Sepak Takraw Malaysia
#Zuraidin Abdullah
#Astaf
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan