PEMAIN golf profesional Malaysia, Gavin Kyle Green mempamerkan prestasi terpuji apabila muncul naib juara pada Kejohanan Golf Terbuka India di DLF Golf and Country Club's Gary Player di India, pada Ahad.
Beraksi atas jemputan penaja, beliau menamatkan pusingan akhir dengan 75 pukulan, sekali gus mencatat keseluruhan tiga bawah par 285 bagi meraih hadiah kemenangan terbesar dalam kariernya sebanyak AS$194,440 (RM865,841).
Kejayaan itu turut menyaksikan beliau memperoleh 'card' penuh musim 2018, selain melonjak ke kedudukan keempat dalam Order of Merit Jelajah Asia.
Juara bertahan, yang juga pemain tuan rumah, S.S.P. Chawrasia mempertahankan gelaran selepas mencatat keputusan cemerlang 10 bawah par 278, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$291,660 (RM1.298 juta).
Pada pusingan akhir semalam, Gavin, 23, menampilkan aksi mengecewakan selepas melakukan tiga bogey berbanding satu birdie di sembilan lubang pertama, sebelum mencatat dua bogey serta satu birdie di sembilan lubang kedua.
Gavin berkata beliau gembira dengan prestasinya pada kejohanan itu dan disifatkannya peningkatan yang besar, sambil mengucapkan tahniah kepada Chawrasia yang beraksi dengan begitu cemerlang untuk meraih gelaran tersebut.
"Sudah begitu lama. Daripada tidak mempunyai status apabila beralih sebagai pemain profesional, enam bulan beraksi atas jemputan, sertai Qualifying School Jelajah Asia dan kemudian tercicir daripada Qualifying School. Kini, sertai Jelajah Pembangunan Asia dan menduduki tempat kedua. Saya benar-benar bersyukur.
"Saya juga bersyukur kerana dapat beraksi sehingga ke peringkat akhir dan bermain dengan baik serta tidak mensia-siakannya. Ia perkara yang penting dan pengajaran yang baik bagi saya," kata Gavin seperti dipetik dalam laman web Jelajah Asia www.asiantour.com.
"Saya tidak mempunyai tekanan kini dan ia peningkatan yang besar pada pandangan saya kerana saya bergelut untuk beraksi dengan baik pada hujung minggu ini. Menamatkan saingan di kedudukan kedua pada kejohanan sebesar ini adalah perkara yang besar," katanya.
Keputusan akhir:
---------------
278 - S.S.P. Chawrasia (IND) 72-67-68-71;
285 - Gavin Kyle Green (MAS) 72-73-65-75;
286 - Scott Jamieson (SCO) 70-74-70-72, Matteo Manassero (ITA) 68-73-72-73;
287 - Anirban Lahiri (IND) 76-73-67-71, Rafa Cabrera Bello (ESP) 73-73-70-71, Carlos Pigem (ESP) 69-73-67-78;
288 - David Horsey (ENG) 66-74-76-72, George Coetzee (RSA) 73-74-69-72, Michael Hoey (NIR) 71-71-71-75;
289 - Pep Angles (ESP) 73-70-77-69, Edoardo Molinari (ITA) 75-72-73-69;
290 - Nathan Kimsey (ENG) 72-77-73-68, Danthai Boonma (THA) 75-72-72-71, Prom Meesawat (THA) 72-74-70-74, Jens Fahrbring (SWE) 73-74-69-74;
291 - Alexander Knappe (GER) 75-74-72-70, Jordan Smith (ENG) 75-73-72-71, Lasse Jensen (DEN) 70-77-73-71, Peter Uihlein (USA) 72-75-68-76;
292 - Adilson Da Silva (BRA) 73-77-75-67.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2017
Kejayaan itu turut menyaksikan Gavin memperoleh 'card' penuh musim 2018, selain melonjak ke kedudukan keempat dalam Order of Merit Jelajah Asia.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Gavin, Khavish hanya ketinggalan dua pukulan di belakang pendahulu bersama Veer, Jazz
Pemain India, Veer Ahlawat dan Jazz Janewattananod dari Thailand muncul pendahulu bersama selepas melakarkan catatan sembilan bawah par 62.
Gavin letak sasaran tinggi walaupun di landasan tepat layak ke Olimpik Paris 2024
Walaupun menghuni ranking ke-196 dunia, pemain itu turut meletakkan sasaran tinggi untuk berada di kelompok 70 terbaik dunia.
Gavin hanya ketinggalan satu pukulan dengan juara Siri Antarabangsa Singapura
Gavin merakamkan 273 pukulan untuk terikat dengan pemain Kanada, Richard T Lee dan pemain Thailand, Phachara Khongwatmai.
Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco
Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.
Gavin Green layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Gavin berjaya melayakkan diri setelah menduduki ranking ke-56 daripada 60 pemain golf dalam Ranking Olimpik di akhir tempoh kelayakan pada Isnin.
Golf: Gavin kekok kembali jalani latihan di lapangan
Tiga sukan yang sedang memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, iaitu golf, memanah dan pelayaran, diberi keutamaan.
Golf Piala Dunia: Gavin, Leong duduki tempat ke-22
Mereka menamatkan permainan dalam pusingan akhir 'foursomes' pada Ahad dengan 74 pukulan menjadikan keputusan keseluruhan empat hari, enam bawah par 282 dalam kejohanan di South Oakleigh.
Hari mengecewakan bagi Green, Fung
Pada pusingan akhir di Glenmarie Golf and Country Club di sini hari ini, Green, yang bermain menentang Rafa Cabrera Bello dari Sepanyol, kalah dengan keputusan 43.
Gavin, pemain Malaysia pertama raih gelaran Order of Merit Jelajah Asia
Gavin Kyle Green mencipta sejarah apabila muncul pemain golf Malaysia pertama merangkul gelaran Order of Merit Jelajah Asia 2017.
Gavin raih gelaran sulung jelajah Asia di Taiwan Masters
Pemain golf profesional Malaysia, Gavin Kyle Green menamatkan kemarau gelaran apabila merangkul kejuaraan sulung Jelajah Asia di Taiwan Masters, semalam.