BERGEMA Stadium Anfield sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan Cuneyt Cakir dalam malam penuh gemilang Liverpool selepas mencatatkan kemenangan di luar jangkaan.

Bagi Ebi Azly, penyokong setia Liverpool yang sanggup terbang ke United Kingdom dari Kuala Lumpur, ia merupakan pengalaman manis yang tidak akan padam dari ingatannya.

Dalam perlawanan awal pagi Rabu, Liverpool membuktikan tiada yang mustahil apabila menundukkan juara Sepanyol, Barcelona untuk mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.

BACA: Messi & Co terpegun di Anfield

Ketinggalan 3-0 daripada aksi pertama di Nou Camp, The Reds bangkit meledak empat gol tanpa balas di Anfield.