SPORTS
Gianni Infantino dilantik presiden FIFA, ambil alih jawatan Sepp Blatter

Infantino (tengah) mendapat 115 undi manakala Sheikh Salman dari Bahrain yang juga presiden Kesatuan Bola Sepak Asia mendapat 88 undi. - Foto AFP
Gianni Infantino dilantik Presiden baharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantikan Sepp Blatter.
Setiausaha Agung badan bola sepak induk dunia berusia 45 tahun itu mendapat majoriti yang tinggi dari 207 anggota yang mengundi.
Beliau mudah menewaskan saingan dari Asia, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dalam pusingan kedua yang diadakan di Zurich, Switzerland pada Jumaat.
Infantino mendapat 115 undi manakala Sheikh Salman dari Bahrain yang juga presiden Persekutuan Bola Sepak Asia mendapat 88 undi.
Lima calon tampil bersaing untuk merebut jawatan nombor satu itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami