BEKAS penyerang Real Madrid dan Argentina, Gonzalo Higuain, mengumumkan bahawa dia akan bersara selepas tamat saingan Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) musim ini.
Pemain berusia 34 tahun itu, yang mewakili Inter Miami sejak 2020, merupakan penjaring kelima terbanyak sepanjang zaman buat skuad kebangsaan Argentina dengan 31 gol daripada 75 perlawanan.
Dia mengumumkan persaraannya dengan suasana penuh hiba dan berlinangan air mata dalam satu sidang media di samping ketua jurulatih Miami, Phil Neville.
"Harinya sudah tiba untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak," katanya dengan nada hiba dalam pengumuman pada Isnin.
"Tiga atau empat bulan lalu, saya sudah memaklumkannya kepada kelab ini, ia bukannya ditentukan sehari dua, sudah bertahun-tahun saya memikirkannya.
"Ketika saya tiba di sini, saya datang untuk menikmati bola sepak, hidup saya, dengan lebih rapat kepada Fede, saudara saya.
"Ia satu lagi tahap dalam karier saya tetapi saya boleh katakan kepada anda bahawa ia antara momen terindah dalam karier saya dan kelab ini, rakan sepasukan saya dan seluruh barisan kejurulatihan telah memberikannya kepada saya, mereka memberikan saya semula keinginan untuk bermain bola sepak.
"Saya kini boleh bersara seperti yang saya sentiasa impikan, menjaringkan gol dan menikmati permainan ini," katanya.
Higuain berpeluang mengakhir kariernya dengan penuh gemilang memandangkan Miami kini sedang berada dalam slot final Sidang Timur berbaki dua perlawanan musim ini.
Dia menjaringkan 12 gol dan menghasilkan dua bantuan jaringan sepanjang 14 perlawanan terakhir bersama pasukan itu.
Astro Arena
Tue Oct 04 2022
Gonzalo Higuain mengumumkan persaraannya dalam suasana penuh hiba, dengan linangan air mata, pada sidang media Isnin. - Foto Astro ARENA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
#AWANIEuropa: Sarri mengamuk dalam sesi latihan menjelang final
David Luiz dan Gonzalo Higuain dilaporkan punca Sarri mengamuk dan tinggalkan sesi latihan.