SUKAN
Haaland terima tiga jahitan di mulut akibat pintu bas

Ketika tiba di hotel pasukan Norway di Oslo, nasib malang menimpa penyerang tersebut. - Foto AP
PENYERANG sensasi Manchester City, Erling Haaland terpaksa menerima tiga jahitan selepas mulutnya berdarah terkena pintu bas skuad kebangsaan Norway.
Ringkasan AI
- Erling Haaland cedera bibir akibat pintu bas ketika bersama skuad Norway untuk aksi kelayakan Piala Dunia menentang Moldova.
- Insiden berlaku di Oslo, menyebabkan Haaland menerima tiga jahitan tetapi dia dijangka tetap beraksi dalam perlawanan tersebut.
- Haaland berseloroh di media sosial mengenai kejadian itu, sambil skuad Norway kekal mantap dengan pemain bintang seperti Martin degaard dan beberapa pemain EPL lain.
Namun, ketika tiba di hotel pasukan di Oslo, nasib malang menimpa penyerang tersebut.
Difahamkan, ketika Haaland melangkah turun dari bas dan berdiri berhampiran pintu but bagasi, pintu itu tiba-tiba terbuka lalu terkena tepat di mulutnya.
Akibat insiden itu, bibir Haaland mengalami pendarahan dan dia kemudian memuat naik gambar swafoto menunjukkan kecederaan tersebut yang telah dijahit dengan tiga jahitan.
Haaland sempat berseloroh kepada peminatnya di media sosial dengan berkata: “Baru sahaja terkena pintu bas. Tiga jahitan," katanya.
Apabila seorang penyokong bergurau bertanya sama ada dia dipukul seseorang, Haaland menjawab:
“Hahahaha, hanya jawapan salah sahaja.”
Lebih mencuit hati, seorang lagi penyokong menyebut nama rakan sepasukannya, Martin Odegaard yang juga kapten Arsenal, sebelum Haaland membalas ringkas: “Betul.”
Walaupun cedera, Haaland diyakini akan tetap diturunkan bagi membantu Norway mengekalkan rekod sempurna dalam Kumpulan I selepas mencatat empat kemenangan daripada empat perlawanan setakat ini, mendahului Israel, Itali, Estonia dan Moldova.
Selain Haaland dan Odegaard, skuad Norway turut diperkuatkan pemain Liga Perdana Inggeris lain seperti Oscar Bobb, Sander Berge dan Kristoffer Ajer. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami