Penyerang skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak sah sertai kelab Liga Bola Sepak Profesional Jepun (JLeague) Divisyen 2, Fagiano Okayama untuk tempoh satu tahun.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Hadi Fayyadh, 18, yang telah menjalani sesi latihan percubaan bersama kelab itu sebanyak dua kali sebelum ini, berkata beraksi di Jepun merupakan cita-citanya sejak kecil.
Katanya, peluang menyarung jersi Fagiano Okayama akan digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman demi meningkatkan prestasinya dan masa depan kariernya.
"Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira kerana telah berjaya menempatkan diri dalam kelab ini. lni merupakan cita-cita saya sejak kecil dan juga merupakan satu permulaan yang baik bagi saya untuk meningkatkan kemahiran diri.
"Jepun merupakan antara negara bola sepak terbaik di Asia dan mempunyai program pembangunan yang tersusun. Oleh itu peluang yang saya peroleh ini akan digunakan sehabis baik demi masa depan yang lebih gemilang dalam arena ini," katanya.
Pada masa sama, beliau yang beraksi untuk pasukan Johor Darul Ta'zim 2 (JDT ll) dalam saingan Liga Malaysia musim ini, menzahirkan penghargaan kepada Yakult Malaysia atas usaha dalam membantunya merealisasikan impian beraksi di Jepun.
"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yakult Malaysia yang membuka jalan dan membantu saya di sini. Sasaran seterusnya saya mahu meningkatkan kemahiran supaya dapat bersaing merebut tempat di dalam kesebelasan utama pasukan," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada menyifatkan kejayaan Hadi Fayyadh itu disebabkan sifat tidak mudah mengalah dan hasil kerja kuat pemain tersebut.
Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk membantu lebih ramai pemain muda berbakat negara yang berminat beraksi di Jepun.
"Saya dimaklumkan oleh pengurus pasukan bahawa Hadi sentiasa memberikan yang terbaik sehingga membuat mereka tertarik untuk mengambilnya menyertai mereka.
"Saya berharap agar kejayaan ini dapat menjadi pembuka ruang untuk lebih ramai lagi pemain Malaysia bermain di Liga Profesional Jepun. Kami akan sentiasa menyokong Hadi dan membantu mana-mana pemain Malaysia yang ingin mendapatkan tempat di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 21 2018
Hadi berasa sangat gembira kerana telah berjaya menempatkan diri dalam kelab Fagiano Okayama. - Instagram @hadifayyadh
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.