awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafizh Syahrin kini jurulatih di Buriram

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2025
01:50 MYT
Hafizh Syahrin kini jurulatih di Buriram
Hafizh berterima kasih kepada Ducati Malaysia dan Ducati Asia Pacific atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan untuknya menyertai keluarga Ducati Riding Experience. - Foto Facebook Official Fan Club Hafizh
PELUMBA sensasi negara, Hafizh Syahrin menjengah ke dimensi baharu dalam kariernya apabila kini menjadi jurulatih dalam dunia pemotoran.
Perkembangan tersebut dikongsi pelumba berusia 31 tahun itu menerusi laman sosial yang menyifatkan ia sebagai peluang yang amat bernilai dalam kerjayanya.
“Alhamdulillah, satu lagi langkah baharu perjalanan saya dalam dunia permotoran.
“Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa saya kini secara rasmi menjadi jurulatih Ducati Riding Experience (DRE) Buriram,” katanya.
Bekas pelumba MotoGP dan WorldSBK itu kini bersama JDT Racing Team dengan jentera Panigale V4 R.
“Ini merupakan satu peluang yang amat bermakna bagi saya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan para penunggang yang ingin meningkatkan kemahiran mereka di litar.
“Saya memahami kepentingan teknik tunggangan yang betul, keyakinan diri serta strategi yang berkesan untuk menguasai litar perlumbaan,” ujar Hafizh.
Beliau bersama barisan jurulatih DRE yang berpengalaman akan membimbing pelumba bagi memperkemaskan teknik tunggangan, memahami aspek teknikal motosikal dan meningkatkan prestasi di trek.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ducati Malaysia dan Ducati Asia Pacific atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan kepada saya untuk menyertai keluarga DRE.
“Saya amat teruja untuk bertemu anda di DRE Buriram dan merasai sendiri kehebatan Panigale V4 7G yang serba baharu. Ayuh, tingkatkan kemahiran anda dan capai potensi penuh di litar,” ujar Hafizh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hafizh Syahrin
#jurulatih
#buriram
#Pelumba MotoGP
#Ducati Riding Experience
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan