awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Danish ulangi skrip cemerlang di saingan Rookies Cup

Astro Arena
Astro Arena
12/05/2025
09:30 MYT
Hakim Danish ulangi skrip cemerlang di saingan Rookies Cup
Pelumba muda negara Hakim Danish menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) di Litar Le Mans di tempat kedua. - Stadium Astro
SELEPAS merekodkan kemenangan yang menakjubkan dalam saingan perlumbaan JuniorGP lapan hari yang lalu, pelumba muda negara, Hakim Danish sekali lagi mengulangi kehebatanya di atas litar apabila berjaya menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) di Litar Le Mans semalam di tempat kedua.

Ringkasan AI
  • Selepas kemenangan dalam JuniorGP, pelumba muda negara Hakim Danish menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) di Litar Le Mans di tempat kedua.
  • Walaupun terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama, beliau berjaya mengejar semula kelompok hadapan dalam keadaan litar basah akibat hujan.
  • Bermula dari kedudukan ke-7, Hakim Danish memintas satu demi satu pelumba sebelum berada di tempat kedua selepas kemalangan melibatkan pelumba hadapan.

Pelumba negara itu memulakan aksi perlumbaan di petak hadapan namun malang menimpanya apabila terlibat dalam kemalangan yang berlaku di pusingan pertama.
Bagaimanapun beliau berjaya bangkit dan terus melakukan henjutan yang bertenaga untuk kembali menghambat kelompok pelumba hadapan dalam keadaan litar basah akibat hujan. Iklan
Agak sukar untuk mempercayai apabila Hakim Danish membuktikan dia mampu melakukan apa saja untuk memastikan podium tetap menjadi miliknya selepas berjaya memintas satu persatu pelumba pada perlumbaan tersebut.
Ketika berbaki sepuluh pusingan perlumbaan beliau mampu menempatkan dirinya di kedudukan ke-7. Namun kedudukan itu berubah lagi ketika perlumbaan berbaki enam pusingan di mana dia berjaya berada di kedudukan ketiga terpantas.
Kemalangan yang berlaku pelumba hadapan dalam dua pusingan terakhir membolehkan Hakim Danish berada di kedudukan kedua dan mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat perlumbaan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#perlumbaan JuniorGP
#Hakim Danish
#MotoGP Rookies Cup
#di tempat kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan