Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin kesal terhadap Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang mempertikaikan keberkesanan Peta Hala Tuju FAM 2019-2030 (F:30).
Hamidin berkata adalah tidak adil untuk PFAM membuat andaian bahawa F:30 tidak mampu digerakkan semata-mata atas sebab kegagalan segelintir pasukan tempatan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain.
Menurut Hamidin, tugas dan misi beliau di FAM adalah untuk meningkatkan tahap kualiti bola sepak negara secara menyeluruh dan FAM kini berada di landasan tepat untuk merealisasikan F:30.
"Mungkin hanya ada sikit kesan (tunggakan gaji pemain) tetapi untuk beliau berkata mengenai keberkesanan pelaksanaan F:30 saya kira beliau sudah terlampau jauh.
"Jika pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia 2023 (salah satu KPI F:30) apa yang mereka (PFAM) nak cakap nanti? Saya tidak pasti apa niat sebenar beliau.Saya di FAM betul-betul mahu naikkan bola sepak mengikut lunas-lunas bola sepak.
"Kita tahu keupayaan kita dan kita akan terus menaikkan (tahap bola sepak negara) dari segenap aspek. Apa yang dikatakan mengenai F:30 itu saya tidak setuju," katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PBJM) di sini, hari ini.
PFAM menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail, Ahad lepas, mempersoalkan kemampuan merealisasikan F:30 dan Pelan Strategik 50 Tahun (Next50) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berikutan isu tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang mencecah RM6.4 juta secara keseluruhannya.
Pada masa sama, Hamidin turut mempersoalkan tindakan Izham yang membuat kenyataan melulu meskipun telah berhubung dengan FAM sebelum ini dalam usaha kedua-dua entiti itu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi barisan pemain terlibat.
"Beliau (Izham) datang ke FAM pada Khamis lepas berjumpa dengan Setiausaha Agung FAM (Stuart Ramalingam) selepas itu keluar dengan kenyataan sebegitu pada Ahad. Kalau masih ada masalah beliau sepatutnya datang lagi sekali bukan dengan cara seperti beliau ingin jadi popular.
"Kalau nak membantu biarlah usaha itu memberi faedah kepada semua bukannya untuk cari kepentingan individu. Kita (FAM) masih bekerja keras dan pihak sekretariat saya tengah kenal pasti masalah yang melanda ini (tunggakan gaji) dan usaha itu masih berjalan sehingga hari ini," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
HAMIDIN: Kita tahu keupayaan kita dan kita akan terus menaikkan (tahap bola sepak negara) dari segenap aspek.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.