awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
36 pusat mengundi PRK Kinabatangan, Lamag dibuka 7.30 pagi ini
Jojo lawan 'bidan terjun' di ONE Friday Fights 141
Putera Harry bidas Trump: “Pengorbanan tentera NATO di Afghanistan wajar dihormati”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamilton tidak akan “mengalah” selepas musim pertama bersama Ferrari yang hambar

Bernama
Bernama
08/12/2025
04:40 MYT
Hamilton tidak akan “mengalah” selepas musim pertama bersama Ferrari yang hambar
Lewis Hamilton menamatkan musim Formula 1 pertamanya tanpa sebarang penamat podium pada Ahad. - Gambar fail Reuters
ABU DHABI: Lewis Hamilton menamatkan musim Formula 1 pertamanya tanpa sebarang penamat podium pada Ahad, namun berkata beliau bukan seorang yang mudah berputus asa walaupun mengalami musim pertama yang suram bersama Ferrari, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Juara dunia tujuh kali itu kelihatan jauh daripada prestasi terbaiknya, sekadar menduduki tempat keenam keseluruhan. Ia satu tangga lebih baik berbanding musim terakhirnya bersama Mercedes, meskipun beliau sekurang-kurangnya memenangi dua perlumbaan pada 2024.
Antara sedikit perkara positif bagi pemandu Britain itu musim ini ialah sokongan peminatnya.
"Saya mendapat sokongan luar biasa daripada ramai orang yang sanggup merantau ke serata dunia untuk memberi sokongan. Peminat menjadi penguat semangat saya, mereka adalah sandaran saya, keluarga saya pula sentiasa menjadi penyokong terbaik," katanya kepada Sky.
Pemandu berusia 40 tahun itu berharap peraturan baharu enjin musim depan dapat melonjakkan prestasinya jika pasukan Itali itu mempunyai persiapan luar musim yang baik.
"Mujurlah, saya dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Setiap hujung minggu, saya melihat kanak-kanak dan orang dewasa memberi saya semangat dan mengingatkan saya mengapa saya melakukan apa yang saya lakukan, iaitu tidak berputus asa, dan saya amat menghargainya," kata Hamilton selepas menamatkan perlumbaan penutup musim Grand Prix Abu Dhabi di tempat kelapan.
Rakan sepasukan, Charles Leclerc, menamatkan saingan keseluruhan di tempat kelima dengan 86 mata lebih daripada Hamilton.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lewis Hamilton
#Formula 1
#Ferrari
#Charles Leclerc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan