awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah

Bernama
Bernama
02/08/2024
14:48 MYT
Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah
Hannah berkata kedua-dua pemain tersebut jelas mempamerkan semangat kecemerlangan dengan berjuang habis-habisan hingga mengheret lawan ke set penentuan. - Gambar FB Hannah
PARIS: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.
Hannah berada di sini menerusi hantaran di Facebook rasminya dilihat bersama-sama memberikan dorongan kepada gandingan tersebut selepas usaha mara ke pentas final di Porte de La Chapelle Arena di sini pagi ini (petang di Malaysia) tidak kesampaian.
Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila tewas 12-21, 21-18, 15-21 dalam aksi sengit separuh akhir selama 78 mnit.
"Usaha untuk meraih pingat emas mungkin telah berakhir hari ini di Paris bagi Pearly dan Thinaah tetapi saya mengingatkan mereka ini - di sebalik memburu emas ini adalah semangat kecemerlangan yang kita mahu atlet dan generasi muda Malaysia bawa dalam setiap tugasan yang mereka lakukan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua pemain tersebut jelas mempamerkan semangat kecemerlangan dengan berjuang habis-habisan hingga mengheret lawan ke set penentuan.
Pearly-Thinaah berpeluang mencipta sejarah selaku pemenang pingat pertama Malaysia dalam acara itu apabila bertemu Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada aksi penentuan pingat gangsa esok.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Facebook
#Sukan Olimpik Paris 2024
#mencipta sejarah
#pemenang pingat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan