Hanya enam pemain melapor diri pada hari pertama latihan pusat skuad Bawah 22 (B-22) negara daripada 26 senarai yang dipanggil oleh ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
Mereka ialah dua pemain Selangor, Muhammad Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin; Irfan Zakaria dari Kuala Lumpur; Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Danial Amier Norhisham (Felda United) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).
Pengurus Pasukan B-22, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata kebanyakan pemain bakal melapor diri pada 12 Julai ini selain yakin Pahang dan Pulau Pinang akan melepaskan pemain mereka selewat-lewatnya sebelum 17 Julai.
Beliau berkata pihaknya sudah mengadakan siri perbincangan serta panggilan telefon bersama beberapa pasukan yang masih belum melepaskan pemain masing-masing dan kata sepakat mulai dicapai.
"Kita tinggal dua lagi pasukan yang masih belum memberi kata putus iaitu Pahang dan Pulau Pinang. Saya sudah bercakap dengan Tengku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) dan hasilnya seperti ada cahaya yang positif.
"Begitu juga dengan Pulau Pinang, saya sudah menghubungi Presiden FAP (Persatuan Bolasepak Pulau Pinang) Zairil Khir Johari dan nampaknya juga seperti ada kelonggaran sedikit untuk melepaskan pemain mereka," katanya kepada pemberita hari ini.
Mohd Yusoff mengakui situasi itu mengundang masalah buat jurulatih apabila pemain melapor diri tidak secara serentak.
"Tetapi kita juga memikirkan kepentingan pemain berkenaan bersama pasukan yang akan bersaing dalam Liga Malaysia dan pada masa yang sama, pasukan juga sanggup melepaskan pemain mereka demi menggalas tugas negara," katanya.
Sementara itu beliau berkata kemungkinan besar perlawanan persahabatan antara Malaysia B-22 dengan Myanmar B-22 yang dijadual berlangsung pada 13 Julai di Stadium Shah Alam akan ditangguh sehari.
Katanya ini berikutan majoriti pemain akan hanya melapor diri pada 12 Julai dan sekiranya perlawanan diteruskan, ia akan memberi sedikit kesukaran buat jurulatih bagi merencana strategi.
"Kalau kita boleh tangguh ke 14 Julai lebih baik kerana pemain akan lapor diri pada 12 Julai. Jika keesokannya sudah terus mahu lawan, ia agak sukar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2017
MOHD YUSOFF: kebanyakan pemain bakal melapor diri pada 12 Julai ini selain yakin Pahang dan Pulau Pinang akan melepaskan pemain mereka selewat-lewatnya sebelum 17 Julai.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Kim Swee nasihat elak tekan pemain bawa pulang pingat, fokus setiap perlawanan
Kim Swee melihat faktor tekanan untuk membawa pulang pingat sebagai antara cabaran utama dalam kejohanan berkonsepkan karnival itu.
Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.
FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.
Mereka banyak bercakap dan inginkan publisiti - Kim Swee
Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
'Terima kasih coach!'
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui dia berasa penat untuk beraksi selepas terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat sepanjang tahun ini.
Digugurkan... titik perubahan Safawi Rasid
Kim Swee semalam mengesahkan tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.
B-22: Keupayaan bermain di posisi berbeza keutamaan Kim Swee
Fokus Kim Swee kini adalah memberi keutamaan kepada pemain yang mempunyai kelebihan beraksi, di beberapa posisi berbeza.
Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.