Nama 24 pemain skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan yang diumumkan hari ini tidak semestinya tersenarai bagi kejohanan Piala AFF pada November nanti.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe sudah berbincang dengan beliau dan bersetuju untuk meninggalkan dahulu nama beberapa pemain.
"Kita tahu ada beberapa pemain yang masih perlu bermain dalam saingan Piala Malaysia dan kita juga perlu mengenal pasti jika ada pemain yang bergelut dengan kecederaan. Sebenarnya Tan sudah ada barisan yang diingini tetapi hanya akan dinamakan selepas perlawanan persahabatan terakhir menentang pasukan Maldives.
"Saya bagaimanapun memberi jaminan pasukan terkuat akan diturunkan dalam kejohanan AFF nanti," katanya selepas majlis pelancaran 'Eat Right to Play Right' di Wisma FAM, di sini.
Skuad Harimau Malaya dijadual bertemu Taiwan dan Kemboja dalam perlawanan persahabatan kelas A masing-masing pada 7 dan 10 Sept sebelum bertemu Sri Lanka, Kyrgyzstan dan Maldives juga bagi perlawanan persahabatan.
Ketika ditanya mengapa nama pemain Pahang Mohamadou Sumerah masih tiada dalam senarai berkenaan, beliau berkata terdapat proses yang perlu dipatuhi bagi menyenaraikan pemain berstatus naturalisasi.
Hamidin sebelum ini dilaporkan mengakui cadangan mengambil pemain berstatus naturalisasi adalah satu mekanisme yang baik untuk meningkatkan prestasi Harimau Malaya dan malah perkara itu juga telah mendapat lampu hijau daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam pada itu Hamidin berkata FAM memberi sokongan penuh kepada syarikat insurans Zurich Malaysia yang antara lain mempromosi budaya pemakanan sihat dan gaya hidup aktif menerusi bola sepak melalui program 'Eat Right to Play Right' yang dianjurkan sejak 2016 dengan disertai lebih 3,000 kanak-kanak seluruh negara.
"Bakat adalah penting namun pemakanan juga perlu dijaga. Saya harap program seperti ini akan memberi manfaat kepada pemain-pemain bola sepak cilik yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
Cheng Hoe sedang membuat perancangan khusus untuk memantapkan skaud negara. - Bernama
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Aksi Malaysia-Oman sah di Bukit Jalil
FAM sahkan aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Oman pada 26 Mac kekal di Stadium Nasional.
'Rugi tak panggil Arif Aiman'
JDT seharusnya memainkan peranan penting memastikan tonggak sayap lincah, Arif Aiman Hanapi dapat menyertai skuad Harimau Muda pada pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 tahun.
Datuk Hamidin nafi tambah khidmat pemain naturalisasi
FAM menegaskan dakwaan tentang pemain naturalisasi bakal diambil badan induk itu dalam masa terdekat bagi memperkuat pasukan adalah palsu.
'Kalau padang SNBJ tak okey, kita main padang lain lawan Oman' - Hamidin
Hamidin Mohd Amin, mengenai keadaan semasa permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika ini.
Kekecewaan di Qatar batu loncatan Harimau Malaya menuju kejayaan
Hamidin turut menjadikan Jepun dan Korea Selatan yang turut mengalami kekalahan serta hampir ditewaskan pada kempen kali ini sebagai contoh.
Banyak mata tertumpu kepada skuad Harimau Malaya di Qatar
"Ini merupakan satu harapan yang tinggi dan perlu dilihat sebagai satu cabaran untuk kekalkan prestasi ini dalam pertandingan seterusnya."