awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya bakal bertemu India pada November

Bernama
Bernama
25/09/2024
09:45 MYT
Harimau Malaya bakal bertemu India pada November
Menurut kemas kini ranking terbaharu FIFA pada 19 September lepas, India kini berada di kedudukan ke-126 dunia, enam tangga di hadapan Malaysia. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Malaysia kendalian Pau Marti Vicente akan bertandang ke India untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan negara itu pada 19 November ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa venue dan waktu sepak mula perlawanan itu akan dimuktamadkan oleh pihak tuan rumah iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).
"Perlawanan ini bakal berlangsung dalam jendela Kalendar Antarabangsa FIFA dari 11 hingga 19 November 2024.
"FAM juga pada masa ini sedang mengesahkan satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan lain dalam tempoh berkenaan," kata kenyataan itu.
Berdasarkan kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 19 September lepas, India kini berada di kedudukan ke-126 dunia, enam tangga di hadapan Malaysia yang menduduki tempat ke-132.
Kali terakhir Malaysia bertemu India adalah pada 13 Oktober 2023 dalam perlawanan Pestabola Merdeka 2023 dengan skuad Harimau Malaya yang dibimbing Kim Pan Gon ketika itu mencatat kemenangan 4-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Malaysia sebelum ini juga pernah bertandang ke India untuk siri dua perlawanan persahabatan pada 2011 yang menyaksikan skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal ketika itu seri 1-1 pada aksi pertama di Guwahati dan tewas 3-2 pada aksi kedua di Kolkata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#perlawanan persahabatan
#lawan India
#perlawanan Tier 1
#Pau Marti Vicente
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan