DOHA: Skuad Harimau Malaya sudah melupakan kekalahan perit kepada Jordan pada aksi pembukaan Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 dan bersedia memperbetul keadaan ketika membuat perhitungan dengan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad, Sabtu ini.
Penyerang, Darren Lok yang berazam mencipta gol pada pertemuan itu mengakui suasana dalam pasukan suram untuk beberapa hari selepas Malaysia tumpas 0-4 di tangan Jordan pada aksi pembukaan Isnin lepas (Selasa pagi waktu Malaysia).
Bagaimanapun, penyerang Sabah FC berusia 33 tahun itu berkata barisan pemain negara kini sudah bersedia untuk 'membayar hutang' kemenangan bagi menghidupkan peluang melangkah ke pusingan 16 terbaik.
"Sudah tiba masa untuk bersedia menghadapi perlawanan seterusnya, kita tidak boleh terus bersedih dan kecewa dengan kekalahan lepas, kita perlu fokus untuk yang akan datang. Saya sentiasa bersemangat untuk masuk padang dan jaringkan gol dan buat yang terbaik untuk Malaysia, itu tugas saya (jika dipilih dalam kesebelasan utama).
"Kami sedar perlawanan seterusnya bukan mudah, Bahrain lawan yang kuat, sama ranking dengan Jordan. Jadi kami perlu main dan betulkan apa yang silap ketika menentang Jordan selain tampilkan prestasi yang lebih baik," katanya kepada media Malaysia ketika ditemui di hotel penginapan pasukan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Darren yang mengumpul enam gol bersama Malaysia sejak penampilan sulung pada 2016 berkata beliau tidak kisah bergandingan dengan mana-mana pemain di bahagian serangan kerana apa yang penting memastikan taktikal permainan dapat dijayakan.
"Tidak kisah dengan siapa saya bermain, kami semua pemain profesional dan kami telah cukup lama berlatih bersama untuk saling memahami permainan masing-masing," katanya yang menjaringkan gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Taiwan 1-0 pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026, November lepas.
Sementara itu, pemain pertahanan, Mohd Shahrul Mohd Saad berkata jaringan awal berdepan Bahrain yang diberi julukan 'Dilmun's Warriors' akan mencerahkan peluang Malaysia meraih kemenangan.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 30 tahun itu turut menyimpan impian untuk mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan itu.
"Sudah semestinya (jaring gol), sebagai pemain kita mesti nak dapatkan sesuatu untuk diri sendiri dan saya merasakan tahun ini mungkin tahun terakhir saya bermain untuk kempen Piala Asia, kita tak tahu apa akan jadi pada edisi seterusnya dan umur saya pun sudah bertambah," katanya.
Sebagai rekod, Malaysia tewas kepada Bahrain dalam tiga perlawanan terakhir sejak 2013 dengan pertemuan terakhir menyaksikan Bahrain menang 2-1 pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2022.
Bahrain merupakan pasukan ranking ke-86 dunia sementara Malaysia di posisi 130.
Selepas aksi bertemu Bahrain, skuad bimbingan Kim Pan Gon itu akan menutup saingan kumpulan dengan berdepan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Darren Lok berkata pemain negara kini bersedia untuk 'membayar hutang' kemenangan bagi menghidupkan peluang melangkah ke pusingan 16 terbaik. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
Piala AFC: Sabah kekal status pendahulu kumpulan belasah PSM Makassar
Selepas menewaskan Hougang United FC pada 21 Sept lalu, Sabah mengekalkan rentak, kali ini dengan kemenangan besar di gelanggang lawan.
Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Usaha yang gigih dipamerkan setiap pemain Sabah, terutama Darren Lok, perlu diberikan pujian.
Darren tekad buru jaringan sebanyak mungkin di Chengdu
Pemain itu optimis sentuhan jurulatihnya yang agresif membantu pasukan mencetak banyak gol menentang China dan Syria kelak.
Piala AFF: Cheng Hoe puas hati persiapan skuad Harimau Malaya
Darren Lok terpaksa digugurkan daripada skuad ke Singapura sementara Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar diberi pelepasan sehari.