awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi

Bernama
Bernama
07/10/2024
09:02 MYT
Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi
Yusoff berkata, banyak pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia menunjukkan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya. - Bernama
KELANA JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghadapi kesukaran untuk mencari satu lagi pasukan bagi mengadakan aksi persahabatan Tier 1 dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang akan berlangsung dari 7 hingga 15 Okt ini.
Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata banyak pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia menunjukkan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya tetapi mereka mempunyai perancangan lain.
"Mereka tidak tolak (pelawaan) tetapi mereka ada komitmen lain yang dibuat untuk kepentingan pasukan masing-masing. Mereka sebenarnya nampak kemampuan pasukan kita.
"Jadi, kekangan itu daripada pasukan lawan dan bukan pihak kita," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke-12 penggal 2021-2025 di Wisma FAM di sini hari ini.
Hasrat skuad Harimau Malaya untuk bermain dua perlawanan persahabatan Tier 1 bulan ini tidak kesampaian, sebaliknya pasukan negara akan menentang sebuah pasukan kelab utama pada perlawanan antarabangsa Tier 2 di New Zealand, Jumaat ini.
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente kemudian akan bertemu pasukan kebangsaan New Zealand pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland Isnin depan.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada beberapa lagi pasukan untuk melengkapkan jadual perlawanan pasukan negara.
"Kita sah ada satu perlawanan menentang India pada 19 Nov dan kita sedang mendapatkan maklum balas daripada pasukan itu sebelum kita umumkan nanti," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Noor Azman memaklumkan FAM kini sedang mengintai beberapa pemain warisan yang berpotensi untuk mewakili pasukan negara selepas terlepas peluang memancing tonggak pertahanan kelahiran Belanda Mats Deijl.
"Sudah semestinya exco kini sedang menilai beberapa pemain yang berpotensi mewakili Malaysia, tetapi setakat hari ini kita belum mendapatkan dokumentasi daripada pemain-pemain yang berkenaan," katanya.
Sebelum ini, FIFA mengesahkan pemain kelab Go Ahead Eagles itu tidak melepasi syarat kelayakan untuk mewakili Malaysia melalui darah keturunan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#pasukan lawan
#yusoff mahadi
#aksi persahabatan
#perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan