awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaysia hadapi krisis penyerang

Astro Arena
Astro Arena
14/04/2016
15:43 MYT
Harimau Malaysia hadapi krisis penyerang
KIM SWEE: Saya percaya mereka boleh melakukannya.
JURULATIH kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, menganggap masalah skuad negara amat meruncing gara-gara tiadanya jaminan jaringan daripada penyerangnya dalam setiap perlawanan antarabangsa. Jika begitu, jelas skuad negara berhadapan masalah besar membabitkan jentera serangannya yang dilihat sering menemui kegagalan setiap kali peluang hadir di hadapan mata. Kim Swee sendiri tidak berselindung apa yang dirasakannya setiap kali situasi sama menghantui penyerang negara yang dilihat begitu sukar mencetuskan peluang jaringan. "Ia serius kerana mereka adalah penyerang tapi tiada gol. "Ia mengenai perlawanan dan latihan di mana saya percaya dengan tempoh lebih panjang bersama skuad kebangsaan, dengan pendedahan lebih banyak perlawanan dalam liga dan pasukan negara, mereka boleh melakukannya," katanya. Tambah Kim Swee, skuad negara dalam usaha memperbaiki situasi semasa, namun ia bersifat berperingkat yang menuntut sedikit masa daripada penyokong negara.
Topic Berkaitan
#Harimau Malaysia
#jurulatih skuad kebangsaan
#Ong Kim Swee
#Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
#penyerang negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan