awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Muda asah taji di Qatar

Bernama
Bernama
09/04/2023
20:40 MYT
Harimau Muda asah taji di Qatar
Skuad B-17 negara akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Piala Asia B-17 iaitu Arab Saudi pada 8 Jun sebelum berlepas ke Bangkok. - Foto Facebook/Christopher Raj
KUALA LUMPUR: Siri jelajah latihan pusat skuad Bawah 17 (B-17) negara di Doha, Qatar yang bermula semalam hingga 21 April akan menjadi medan mempertajam corak permainan skuad negara menjelang saingan Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand pada Jun.
Pengurus pasukan B-17 negara Christopher Raj berkata segala persiapan telah diatur dengan rapi termasuk tiga perlawanan persahabatan di Doha yang sememangnya penting bagi meningkatkan tahap persediaan pemain.
"Seramai 38 pemain dan pegawai akan berlepas ke Doha, Qatar Ahad ini selama dua minggu untuk menjalani fasa ketiga latihan pusat yang sudah bermula sejak Januari yang lalu, bagi membolehkan jurulatih Osmera Omaro menyediakan skuad terbaik di kejohanan Piala Asia B-17 Jun depan.
"Ini merupakan perancangan kita untuk menambah baik corak permainan bagi menghadapi persaingan sengit dari negara-negara besar Asia yang akan berentap merebut empat slot mewakili pasukan Asia ke Piala Dunia B-17 hujung tahun ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Christopher berkata skuad B-17 negara akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Piala Asia B-17 iaitu Arab Saudi di sini pada 8 Jun sebelum berlepas ke Bangkok.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran tinggi untuk skuad B-17 negara iaitu dapat beraksi buat pertama kali di pentas Piala Dunia B-17 hujung tahun ini, dengan merebut empat tiket automatik mewakili Asia.
Skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan A akan memulakan saingan Piala Asia B-17 berdepan Yemen pada 15 Jun, diikuti menentang tuan rumah Thailand (18 Jun) dan Laos (21 Jun).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlawanan persahabatan
#FAM
#harimau muda
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan