SKUAD Bawah 23 tahun (B-23) negara meneruskan momentum positif apabila membenam Filipina, 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 2024 sebentar tadi.
Dalam aksi di Stadium Chonburi, Thailand itu, Harimau Muda bermula garang apabila memperoleh gol pembukaan ketika perlawanan baru berlangsung 27 saat.
Gol sulung itu terhasil menerusi jaringan kapten, Mukhairi Ajmal Mahadi yang berjaya menyudahkan hantaran lintang Fergus Tierney.
Skuad negara berjaya melebarkan kedudukan apabila T Saravanan meledak gol kedua pada minit keenam hasil gerakan menarik Luqman Hakim Shamsudin.
Kem Harimau Muda terus berpesta apabila giliran Harith Haiqal Adam Afkar merobek gawang Filipina menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-23.
Sebaik babak kedua bersambung, Harimau Malaya tidak mengendurkan asakan ke kubu pasukan lawan, sebaliknya terus garang dalam memburu tambahan jaringan.
Hasilnya, menerusi satu serangan balas, Saravanan berjaya menambah koleksi jaringan kedua peribadinya selepas menyudahkan hantaran Tierney pada minit ke-61.
Pada penghujung perlawanan, Tierney hampir meletakkan namanya selaku penjaring, namun bola rembatan kencangnya sekadar mengenai palang gol Filipina.
Harimau Muda bakal mengakhiri aksi peringkat kumpulan berdepan tuan rumah, Thailand di venue sama pada Selasa ini bagi menentukan juara Kumpulan H.
Pada Rabu lalu, Harimau Muda membuka langkah kanan apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pembukaan Kumpulan H.
Berdasarkan format pertandingan, 11 juara kumpulan dalam saingan kelayakan bersama-sama empat naib juara terbaik kumpulan dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di pusingan akhir tahun depan.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 09 2023
Saravanan meraikan jaringannya ketika aksi menentang Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi sebentar tadi. - Foto Facebook FAM
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Kehadiran beberapa pemain beri kelebihan pada Harimau Muda - Luqman Hakim
Luqman Hakim yakin percaturan pengendali Juan Torres Garrido mendapatkan khidmat beberapa pemain tertentu, dapat memberikan 'taring' kepada pasukan.
Harimau Muda garang benam Filipina
Skuad Bawah 23 tahun negara membenam Filipina, 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 2024.