KUALA LUMPUR: Peluang skuad Bawah 17 Tahun (B-17) negara untuk menjejak kaki ke Piala Dunia B-17 semakin cerah apabila menamatkan kem latihan intensif selama dua minggu dengan merekodkan lima kemenangan dalam perlawanan persahabatan di Doha, Qatar baru-baru ini.
Skuad kendalian Osmera Omaro bermula cemerlang apabila menewaskan lima pasukan iaitu Al Arabia SC U17 dengan 4-2, Umm Salal SC U17 (5-0), Al Ghrafa U18 (4-1), Al Markhiyah SC U17 (7-0) dan Al Duhail SC U19 (1-0).
Bagaimanapun, skuad Harimau Muda terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 menentang Akademi Aspire U17 pada perlawanan penutup di Pusat Latihan Universiti Qatar itu sekali gus merekodkan sebanyak 21 gol dan hanya empat bolos pada keseluruhan perlawanan.
Sementara itu, Osmera menerusi kenyataan hari ini mengakui berbangga dengan prestasi, disiplin dan komitmen dipamerkan anak buah dan barisan kejurulatihan sepanjang dua minggu di Doha, Qatar.
"Saya berharap para pemain mendapat pengalaman yang bernilai untuk dibawa pulang ke tanah air sekali gus menambah baik aspek permainan di dalam dan luar padang.
"Terima kasih kepada penyokong Harimau Muda B-17 yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain muda negara," katanya.
Harimau Muda menjalani siri jelajah latihan pusat di Doha, Qatar pada 9 April hingga hari ini sebagai persiapan rapi menjelang saingan Piala Asia B-17 2023 di Thailand bermula 15 Jun ini.
Skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan A akan memulakan kempen Piala Asia B-17 berdepan Yemen pada 15 Jun, diikuti menentang tuan rumah Thailand (18 Jun) dan Laos (21 Jun).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Skuad kendalian Osmera Omaro (foto) bermula cemerlang apabila menewaskan lima pasukan iaitu Al Arabia SC U17 dengan 4-2, Umm Salal SC U17 (5-0), Al Ghrafa U18 (4-1), Al Markhiyah SC U17 (7-0) dan Al Duhail SC U19 (1-0). -Gambar fail/Bernama
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.
Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.
Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.
Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.