KUALA LUMPUR: Perenang muda Sabah Loo Yie Bing melakar kejutan apabila meraih dua lagi pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 menerusi acara renang 100 meter (m) gaya bebas dan 50m kuak kupu-kupu wanita di Pusat Akuatik Nasional di sini semalam.
Atlet berusia 15 tahun itu yang baru sahaja memenangi pingat emas menerusi acara renang 200m gaya bebas pada Isnin berkata beliau tidak menyangka mampu mengatasi perenang negeri lain yang lebih berpengalaman daripadanya.
Anak kelahiran Kota Kinabalu itu berjaya mencatatkan 57.64 saat (s) dan menidakkan kemaraan dua atlet Sarawak Leong Wan Mei (59.14s) dan Kelly Teo Yao (59.27s) bagi acara 100m gaya bebas.
Yie Bing juga berjaya merekodkan catatan 28.38s bagi acara 50m kuak kupu-kupu untuk menundukkan atlet Selangor Lim Shun Qi (28.67s) yang meraih pingat perak dan atlet Pulau Pinang Ho Keesha (28.97s) yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
"Saya gembira dapat menang dua pingat emas lagi namun sedikit kecewa sebab tidak dapat memecah rekod untuk 100m gaya bebas. Saya rasa saya terlalu menarik nafas dan mengakibatkan pergerakan saya jadi perlahan kerana saya tahu saya mampu melakukannya dengan lebih baik.
"Sebenarnya saya pernah terima tawaran skuad kebangsaan dua kali iaitu pada 2019 dan beberapa minggu lepas namun saya tolak. Saya mahu fokus kepada pengajian dahulu dan sekiranya berpeluang mahu pergi sambung pengajian bahagian veterinar di UK (United Kingdom), Australia atau AS (Amerika Syarikat)," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Beliau berkongsi mahu mempunyai kerjaya dalam bidang veterinar suatu hari nanti selepas pemergian seekor anjing peliharaan yang diberi nama "Chunky" Jun tahun lepas.
Yie Bing dijangka akan beraksi bagi tiga lagi acara renang -- 50m gaya bebas , 50m kuak dada dan 100m kuak kupu-kupu.
Sementara itu, atlet Selangor Terence Ng Shin Jian berjaya merangkul kejuaraan dengan catatan masa 51.34s bagi acara 100m gaya bebas lelaki mengalahkan atlet Wilayah Persekutuan Bryan Leong Xin Ren (51.50s) dan Chris Chew Vi Min dari Pulau Pinang (52.26s).
Beliau bagaimanapun berkata tidak terlalu gembira atas kemenangan itu selepas tidak berjaya melakukan renangan di bawah 50 saat oleh itu akan melakukan latihan dengan lebih gigih bagi memastikan namanya tersenarai dalam Kontinjen Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Loo Yie Bing meraikan kejayaan selepas beraksi dalam acara Akhir 50 Meter Gaya Kupu-Kupu Wanita pada Sukma di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, 20 Sept 2022. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping
Barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu.
Terbuka Vietnam: Jun Hao sudah lupakan kekalahan dalam final Sukma MSN
Leong Jun Hao memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam bermula Selasa ini.
Johor akan beri penghargaan kepada atlet cemerlang Sukma
Menteri Besar berkata, Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kalinya dalam 36 tahun penganjuran Sukma.
Sukma MSN: Johor idam cipta sejarah paling banyak raih emas
Sekiranya sasaran lebih 80 emas itu berjaya direalisasikan, ia akan menyaksikan negeri dari selatan itu mencipta rekod baharu.
Sukma MSN: Terengganu takluk ibu pingat selepas 12 tahun
Berwaspada dengan ancaman di sebalik status 'underdog', Terengganu dipaksa menyerap asakan skuad Pulau Pinang.
Penantian emas 26 tahun hoki lelaki Pahang berakhir
Muhammad Idris Samad muncul sebagai wira pasukan menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-59.
Abdul Qaiyum hadiahkan emas buat Perak selepas lapan tahun
Beliau menewaskan petinju Pulau Pinang, R. Pavithran dengan keputusan 5-0.
Sukma: Wilayah Persekutuan mula dapat momentum, Johor sukar digugat
WiPers muncul kontinjen paling cemerlang apabila merangkul 11 daripada 59 pingat emas yang ditawarkan.
Pulau Pinang ke final, pegawai kejar pengadil dalam aksi 'panas'
Sepakan penalti oleh ketua pasukan menghampakan Wilayah Persekutuan yang belum pernah merangkul emas sejak edisi pertama pada 1986.
Sukma: Anak Mirnawan rangkul emas silat
Mirsha Nurathiqa membanggakan Mirnawan serta keluarga selepas merangkul emas acara silat seni kategori solo kreatif putri.