awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen
Kebakaran musnah 20 bot laju di Jeti Chalong, Phuket
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Bukan salah Sarjit Speedy Tigers gagal mara separuh akhir - Subahan

Bernama
Bernama
30/06/2025
08:46 MYT
Hoki: Bukan salah Sarjit Speedy Tigers gagal mara separuh akhir - Subahan
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, bercakap pada sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara Sarjit Singh tidak patut dipersalahkan sepenuhnya susulan prestasi hambar Speedy Tigers di Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2025 baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Presiden KHM menegaskan prestasi hambar Speedy Tigers bukan sepenuhnya salah jurulatih Sarjit Singh, sebaliknya seluruh pasukan termasuk pemain perlu bertanggungjawab atas kegagalan mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara FIH 2025.
  • Malaysia menamatkan kejohanan di tempat keenam selepas tewas 1-2 kepada Wales dalam aksi penentuan tempat kelima, meskipun pernah mendahului 3-0 menentang New Zealand sebelum tewas 4-3 dalam perlawanan kumpulan.
  • KHM tetap berpuas hati dengan komitmen pemain dan berjanji menyelesaikan isu dalaman pasukan, sambil mengakui kelemahan utama ialah kegagalan mempertahankan kelebihan jaringan dan penyudah yang kurang berkesan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata seluruh skuad itu termasuk pemain perlu mengambil tanggungjawab selepas gagal mencapai misi untuk mara ke separuh akhir.
"Saya sudah lama dalam sukan ini dan saya lihat pemain Malaysia di bawah kendalian Sarjit boleh menandingi mana-mana pasukan gergasi dunia.
"Cuma masalahnya masih sama, masalah untuk mempertahankan pendahuluan. Sebagai contoh waktu lawan New Zealand, kita mendahului 3-0 tapi kalah 4-3. Kalau tak bagus, kita sudah kalah 6-0," katanya pada sidang media KHM di sini hari ini.
Pada saingan Piala Negara-Negara FIH di sini baru-baru ini, Malaysia bukan sahaja gagal layak ke separuh akhir bahkan terpaksa akur menamatkan saingan pada kedudukan enam terbaik selepas tewas 1-2 kepada Wales pada aksi penentuan tempat kelima.
Subahan berkata meskipun kecewa dengan keputusan yang diraih pasukan negara, namun beliau berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan anak buah Sarjit Singh itu.
Beliau berkata KHM juga akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi pasukan hoki negara untuk mencapai kemenangan pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad hoki lelaki negara
#Speedy Tigers
#Sarjit Singh
#Subahan Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan