awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Malaysia bangkit benam Kanada 4-1

Astro Arena
Astro Arena
12/04/2015
00:43 MYT
Hoki: Malaysia bangkit benam Kanada 4-1
Kejayaan itu meletakkan pasukan negara menamatkan cabaran di tangga kelima dengan mengutip enam mata hasil dua kemenangan. - Foto Bernama
Malaysia bangkit daripada kekecewaan dengan menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Kanada 4-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini malam tadi.
Kejayaan itu meletakkan pasukan negara menamatkan cabaran di tangga kelima dengan mengutip enam mata hasil dua kemenangan.
Berikutan itu juga, anak buah Tai Beng Hai akan bertemu semula dengan Kanada untuk perebutan tempat kelima dan keenam, hari ini.
Pada aksi hari ini, Malaysia berjaya menyerap tekanan dan serangan bertali arus pasukan Kanada, dengan membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Muhammad Haziq Shamsul.
Seminit kemudian, Malaysia melancarkan gerakan pantas untuk menyumbat masuk gol kedua menerusi Nabil Fiqri Mohammad Noor.
Pada babak kedua, skuad Malaysia terus mengasak benteng pertahanan Kanada dan berjaya memperoleh gol ketiga menerusi Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-38.
Bagaimanapun, Kanada membalas satu gol hasil jaringan Matthew Sarmento menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-40.
Namun, tiga minit kemudian Malaysia melebarkan kedudukan melalui jaringan Muhammad Haziq untuk memastikan kemenangan selesa tuan rumah.
Sementara itu, pada perlawanan berlangsung di venue sama petang semalam, India mencatat kemenangan setelah menewaskan Australia 4-2, manakala New Zealand seri 3-3 dengan Korea Selatan.
Berikutan keputusan itu, perlawanan akhir malam esok, adalah antara Australia berdepan New Zealand manakala Korea Selatan menentang India untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.
Topic Berkaitan
#Hoki Piala Sultan Azlan Shah
#Kanada
#Malaysia
#Tai Beng Hai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan