MALAYSIA semakin menghampiri impian untuk menjulang trofi Piala Asia selepas mencatat kemenangan memberangsangkan 5-0 ke atas Jepun, sebentar tadi.
Perlawanan terakhir peringkat Super 4 membabitkan pasukan kebangsaan itu menyaksikan Malaysia melancarkan serangan bertali arus sejak awal perlawanan sebelum penyerang, Shello Silverius, membuka tirai jaringan pada minit ke-15 yang juga gol sulungnya di Jakarta.
Anak buah Arul Selvaraj itu terus menggandakan asakan apabila pemain tengah, Nik Aiman Nik Rozemi, melebarkan kedudukan 2-0 yang juga merupakan gol sulungnya dalam kejohanan ini.
Selepas rehat, penjaring terbanyak kempen dengan 12 gol, Razie Rahim, menjadikan kedudukan 3-0.
Tetapi sebelum Jepun sempat mengatur langkah, Syafiq Hassan terus melebarkan kelebihan skuad The Malaysia Hockey Tigers dengan gol keempat perlawanan.
Menuju ke akhir suku ketiga, penyerang kebangsaan, Ashran Hamsani, meledak gol kelima perlawanan yang juga merupakan gol ke limanya sepanjang kejohanan ini.
Suku terakhir menyaksikan negara Matahari Terbit itu cuba mengelak diaibkan lebih terus dengan mengukuhkan pertahanan mereka untuk keputusan muktamad 5-0 berpihak kepada skuad kebangsaan.
Perlawanan di antara India dan Korea Selatan ketika ini akan menentukan lawan mereka dalam final di Padang Hoki GBK, petang esok.
Sehubungan itu, ketua pasukan negara, Marhan Jalil, memuji tahap persembahan pemain muda sambil menuntut ia dapat diteruskan bagi perlawanan getir kelak.
"Saya percaya dengan kemampuan pemain muda ketika mereka main dengan yakin.
"Dengan adanya semangat saya rasa mereka boleh jadi pemain yang bagus. Mereka telah tunjukkannya hari ini cuma mereka perlu pamer prestasi tekal.
"Aksi terbaik hari ini perlu dibawa ke hari esok," katanya.
Menurutnya lagi: "Sangat besar... dari mula datang ke sini, kami sasar untuk final dan menjadi juara.
"Tapi kami ambil satu persatu perlawanan, kami turun dengan misi kemenangan dalam setiap perlawanan untuk membolehkan kami muncul juara," katanya.
Artikel asal di Stadium Astro.
Astro Arena
Tue May 31 2022
Perlawanan terakhir peringkat Super 4 membabitkan pasukan kebangsaan itu menyaksikan Malaysia melancarkan serangan bertali arus sejak awal perlawanan. - Gambar/ MHC
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Speedy Tigers berputih mata, tewas 1-2 kepada Korea Selatan
Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menjaringkan 13 gol, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Asia kali ini.
Hoki Piala Asia: Malaysia mara penentuan trofi selepas tundukkan Jepun 5-0
Malaysia semakin menghampiri impian untuk menjulang trofi Piala Asia selepas mencatat kemenangan memberangsangkan 5-0 ke atas Jepun.
Malaysia naib juara Hoki Piala Asia
Harapan skuad hoki negara untuk muncul juara Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 buat kali pertama berkecai setelah dikecewakan India pada aksi final di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka.
Hoki Piala Asia: Impian M'sia cipta sejarah ke final berkecai
Skuad hoki negara akan menentang Pakistan Ahad ini dalam perlawanan penentuan tempat ketiga manakala India akan bertemu juara bertahan Korea Selatan dalam final, hari yang sama.