awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia dibelasah India 1-6

Astro Arena
Astro Arena
15/04/2016
23:27 MYT
Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia dibelasah India 1-6
Keputusan ini menyaksikan Malaysia menduduki tangga keempat dalam carta liga. - Foto Astro Arena
INDIA, pasukan yang meraih tempat dalam Sukan Olimpik ternyata terlalu kuat untuk skuad hoki negara apabila dengan mudah mencatat kemenangan 6-1 dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah, malam tadi.Kubu The Speedy Tigers ditembusi seawal minit ketiga menerusi jaringan Chandanda Thimmaiah sebelum Harjeet Singh menggandakan jaringan empat minit kemudian.
Ramandeep Singh dan Danish Mujtaba kemudian masing-masing menambah derita anak buah Stephen Van Huizen menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-25 dan 27. Ramandeep sekali lagi mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-39. Gol sagu hati skuad negara hadir pada minit ke-46 melalui Shahril Saabah, namun asakan India tidak berhenti di situ apabila Talwinder Singh melengkapkan hari malang buat skuad negara menerusi gol keenam pada minit ke-50. Keputusan ini menyaksikan Malaysia menduduki tangga keempat dalam carta liga dan bakal membuat perhitungan kali kedua berdepan New Zealand bagi perebutan tempat ketiga dan keempat petang esok. India menduduki tangga kedua, sekali gus mara ke final berdepan Australia.
Topic Berkaitan
#hoki
#India
#Malaysia
#Sultan Azlan Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan