awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia ikat Australia

Bernama
Bernama
12/03/2013
15:22 MYT
Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia ikat Australia
Penyerang berbisa, Faizal Shaari muncul penyelamat pasukan negara apabila meledakkan gol penyamaan membolehkan Malaysia seri 1-1 menentang Australia dalam saingan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh malam ini.
Pada separuh masa pertama menyaksikan permainan bergaya dipamerkan pasukan negara yang dibimbing Paul Revington dengan beberapa gerakan cantik dan menggetarkan penjaga gol Australia Andrew Charter.
Pada minit ke-27 Muhammad Marhan Mohd Jalil tidak dapat melaksanakan penyudah yang cemerlang untuk mata pertama negara selepas berdepan secara solo dengan Charter.
Persembahan anak didik Ric Charlesworth dilihat tidak begitu kemas apabila, Malaysia beberapa kali melancarkan serangan berbahaya di dalam kawasan D bagi mencari mata pertama.
Bagaimanapun, seminit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, gawang Malaysia dibolosi gol pertama Australia oleh Trent Mitton apabila berlaku pergelutan di hadapan pintu gol sekali gus membuat penjaganya, S. Kumar tersungkur.
Hampir 4,000 peminat hoki yang memenuhi setiap ruang Stadium Hoki Sultan Azlan Shah tidak berganjak memberi sokongan padu kepada pasukan negara termasuk melalui nyanyian lagu 'Perajurit Tanah Air' dan pukulan gendang yang bergema di setiap sudut.
Pertarungan pasukan negara untuk mencari mata penyamaan pada separuh masa kedua akhirnya direalisasikan penyerang lincah, Faizal Shaari pada minit ke-69 selepas tolakan derasnya menembusi gawang juara tujuh kali itu.
Faizal tidak mensia-siakan peluang yang hadir dalam situasi pergelutan selepas pukulan penalti tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh Muhammad Razie Abdul Rahim di depan pintu gawang Australia.
Malaysia bakal berdepan Pakistan pada Khamis ini dalam perlawanan yang berlangsung sebelah malam.
Pasukan negara yang diketuai Mohd Shahrun Nabil Abdullah sebelum ini menewaskan Korea dan New Zeland dalam perlawanan masing-masing pada Sabtu dan Ahad lepas.
Terdahulu, semasa perlawanan pada sebelah petang tadi, Korea tumpas kepada New Zealand 0-3 manakala India mengukir kemenangan ketiga selepas mengalahkan Pakistan 3-1.
Topic Berkaitan
#Australia
#Azlan Shah
#hoki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan