awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Klopp-Salah kembali jernih

Astro Arena
Astro Arena
04/05/2024
01:45 MYT
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Kloop dilihat bersama Salah dan ahli pasukan lain semasa mengadakan latihan. - Foto REUTERS
JURGEN Klopp berkata perbalahannya dengan Mohamed Salah telah diselesaikan sambil berasakan penyerang Liverpool itu tidak akan melancarkan desakan untuk mengikuti jejaknya menuju pintu keluar di penghujung musim ini.
Klopp dan Salah - yang sedang bersedia dimasukkan sebagai pemain gantian - bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Pengurus The Reds itu pantas meredakan insiden tersebut dalam sidang akhbar selepas perlawanan berkenaan tetapi Salah melakukan sebaliknya dengan memberitahu wartawan: "Jika saya bercakap, ia akan menjadi panas."
Bagaimanapun, Klopp mengulangi semalam bahawa dia menganggap perkara itu telah berlalu dengan berkata: "Ia telah diselesaikan sepenuhnya. Tiada masalah tercetus.
“Melainkan kami tidak mengenali satu sama lain maka saya tidak tahu bagaimana kami akan menghadapinya, tetapi kami sudah mengenali di antara satu sama lain sudah sekian lama dan kami menghormati di antara satu sama lain.
"Saya fikir kita mempunyai hak untuk bebas menangani perkara ini daripada sebarang anasir luar. Ia bukan cerita (untuk dijual). Secara umumnya, semua orang berada di tempat yang terbaik.
"Jika kami memenangi perlawanan dan menjaringkan banyak gol, maka situasinya tidak akan menjadi seperti ini kerana awal-awal lagi Mo tidak akan berada di bangku simpanan." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#jurgen klopp
#Mohamed Salah
#Liverpool
#perbalahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan