awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Human Voyage sangkal dakwaan PKBM

Astro Arena
Astro Arena
13/04/2019
21:00 MYT
Human Voyage sangkal dakwaan PKBM
MUSTAFA: Kami tidak menerima sebarang aduan daripada UCI dan kami tidak melakukan sebarang kesalahan, kata Ahmad. - Astro ARENA
KETUA Pegawai Eksekutif Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa, menafikan pihaknya membelakangkan penglibatan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) seperti yang didakwa presiden badan induk itu, Datuk Abu Samah Wahab.
Ahmad menjelaskan setakat lapan peringkat saingan yang berakhir Sabtu, tiada sebarang aduan kedengaran daripada pihak komisar dan wakil Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Sebaliknya, pihak penganjur mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan dan tidak melanggar sebarang protokol yang didakwa PKBM.
Human Voyage juga tidak mengetepikan pihak PKBM ketika perlepasan peringkat terakhir di Pulau Langkawi pada Sabtu apabila kelibat Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, turut kelihatan mewakili badan induk itu sejak beberapa peringkat sebelum ini.
"Datuk Amarjit kelihatan dalam beberapa peringkat saingan LTdL. Kami tidak menerima sebarang aduan daripada UCI dan kami tidak melakukan sebarang kesalahan," kata Ahmad lagi.
Bagaimanapun, Human Voyage menghormati pandangan PKBM dan akan membuat perbincangan bersama badan induk itu ketika sesi pascanilai untuk penambaikan saingan untuk tahun hadapan.
Human Voyage menandatangani kontrak dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menganjurkan LtDL selama tiga tahun sehingga 2021.
"Kami mengetahui peraturan yang telah ditetapkan. Usaha kami adalah untuk menganjurkan LTdL dengan lebih baik lagi tahun depan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#abu samah wahab
#Ahmad Mustafa
#Amarjit Singh Gill
#basikal
#garis panduan
#Human Voyage
#kesalahan
#komisar
#LTdL
#Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
#PKBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan