awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2024
04:30 MYT
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan berkata perpindahannya ke Penang FC itu menjadi motivasi terbaik buatnya untuk tampil memukau bersama pasukan negeri kelahirannya itu. - Foto Sinar Harian
SIKH Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Menurutnya, perpindahannya ke Penang FC itu umpama 'balik kampung' dan menjadi motivasi terbaik buatnya untuk tampil memukau bersama pasukan negeri kelahirannya itu.
Penang FC yang sebelum ini telah berjaya mengikat Muhammad Khairu Azrin Khazali dan Muhammad Nabil Ahmad Latpi terus menguatkan pasukan dengan membawa masuk penjaga gol muda itu yang berasal dari Seberang Jaya, Perai untuk membantu skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
Sikh Izhan yang sebelum ini dipinjamkan kepada pasukan Negeri Sembilan FC pada musim lalu, sekali lagi dieksport keluar secara pinjaman oleh Selangor FC pada musim 2024-2025.
“Sudah semestinya saya akan memberikan yang terbaik memandangkan impian saya untuk beraksi dengan kelab yang saya sudah lama impikan untuk beraksi.
“Ibarat pulang ke kampung, saya pasti akan memberikan yang terbaik kepada pasukan untuk membanggakan penyokong Penang FC,” katanya.
Dalam pada itu, penjaga gol berusia 21 tahun ini sekali lagi mendapat kepercayaan jurulatih Kim Pan Gon untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya.
“Saya optimis dengan peluang yang diberikan jurulatih kebangsaan, dan bersama-sama Ahmad Syihan
Hazmi dan Muhammad Azri Ab Ghani adalah satu peluang untuk saya sentiasa belajar bersama-sama dengan mereka,” katanya.
Skuad Harimau Malaya akan mengharungi perlawanan ketiga dan keempat kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat pada 21 Mac dan di Bukit Jalil pada 26 Mac.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman
#Penang FC
#Liga Super
#Selangor FC
#Liga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan