awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Harry Maguire kesal ejekan melampau peminat

Astro Arena
Astro Arena
15/09/2023
04:12 MYT
Ibu Harry Maguire kesal ejekan melampau peminat
Ibu Maguire, Zoe Maguire-Wilkinson, menempelak layanan berlebihan terhadap anaknya.- Gambar fail/Stadium Astro
IBU Harry Maguire mengkritik 'penderaan dasyat' terhadap anaknya yang dipercayai telah melampaui bola sepak.
Pertahanan Manchester United itu tidak senang dengan sorakan di Hampden Park dalam kemenangan 3-1 England ke atas Scotland tetapi pengurus, Gareth Southgate, berpandangan ia adalah satu gurauan yang mengarut.
Justeru, ibu Maguire, Zoe Maguire-Wilkinson, menempelak layanan negatif berlebihan terhadap anaknya.
“Sebagai seorang ibu yang melihat tahap komen negatif dan kesat yang diterima oleh anak saya daripada beberapa peminat, pakar dan media adalah sesuatu yang memalukan dan sama sekali tidak boleh diterima oleh mana-mana lapisan masyarakat di sebalik seseorang itu bekerja keras demi kelab dan negara,” luahnya di Instagram.
“Seperti biasa saya berada di bangku penonton jadi saya tidak boleh diterima dengan ejekan berlebihan. Saya faham bahawa dalam dunia bola sepak ada pasang surut, positif dan negatif tetapi apa yang diterima Harry sudah jauh melangkaui bola sepak.
“Melihat apa yang dilaluinya adalah tidak OK. Saya tidak suka melihat mana-mana ibu bapa atau pemain lain melalui perkara seperti ini pada masa akan datang, lebih-lebih lagi apabila anak lelaki mahupun perempuan mereka menembusi kesebelasan utama hari ini.
“Harry berjiwa dan ia adalah satu usaha yang baik untuk mempunyai kekuatan dan boleh mengendalikannya kerana kalau terjadi kepada orang lain, mereka mungkin tidak mampu. Saya tidak juga mendoakan penderitaan seperti ini kepada sesiapa pun!”
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Harry Maguire
#Manchester United
#ejekan
#pemain England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan