awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impian Nicol David buru gelaran kesembilan dunia tidak kesampaian

Bernama
Bernama
12/04/2017
03:04 MYT
Impian Nicol David buru gelaran kesembilan dunia tidak kesampaian
Nicol ditundukkan Nouran Gohar yang juga pemain tuan rumah. - Gambar fail
Impian ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran kesembilan Kejohanan Wanita Dunia musnah apabila tersingkir di pusingan suku akhir di Pusat Skuasy El Gouna, Kaherah, Mesir, hari ini.
Bekas pemain nombor satu dunia berusia 33 tahun itu, yang diletakkan sebagai pilihan keenam, kalah 6-11, 5-11, 9-11 kepada juara remaja dunia, Nouran Gohar yang juga pemain tuan rumah, dalam pertarungan selama 45 minit.
Untuk rekod, Nicol merangkul kejuaraan dunia itu pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.
Menurut laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA), psaworldtour.com., Nouran, 19, akan menentang juara dunia dan rakan senegara, Nour El Sherbini pada saingan separuh akhir esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#Nicol David
#Skuasy
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan