Alicia Li Ann Soosai menjadi pujaan ramai selepas beliau berjaya menewaskan perenang Hong Kong Natalie Kan Cheuk Tung untuk meraih pingat emas dalam acara 50m kuak dada di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia baru-baru ini.
Perenang berusia 15 tahun itu mencatat masa 32.83 saat dalam 50m kuak dada wanita, 0.02s di hadapan perenang Hong Kong yang memperoleh perak dalam acara itu.
Perenang dari Johor itu sebelum ini telah menyapu bersih acara kuak dada dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, dan memenangi acara 100m dan 200m kuak dada pada hari pertama dan kedua kejohanan kali ini.
Bagaimanapun, perjalanan beliau tidak berakhir di sini. Atlet muda ini akan mengambil langkah seterusnya dalam Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura Ke-15, Kejohanan Renang Kumpulan Umur Asia Tenggara dan Piala Dunia Renang FINA di Singapura tahun ini.
"Menyertai Sukan SEA adalah matlamat utama saya tahun ini, ia boleh menjadi sebagai pencapaian terbesar saya," kata Alicia.
Bercakap mengenai impian hidupnya, perenang yang sedang meningkat itu berkata impian beliau tidak lain daripada menyertai Sukan Olimpik seperti idolanya Katie Ledecky dari Amerika Syarikat yang memenangi lima pingat emas Olimpik dan 14 gelaran kejohanan dunia.
Alicia mendapat inspirasi daripada kata-kata Ledecky bahawa "Anda boleh gagal dalam latihan tetapi anda boleh beraksi dengan baik dalam pertandingan," yang menjadikan beliau insan yang lebih baik.
"Ia memberitahu saya adalah tidak mengapa jika gagal dalam latihan, buat terbaik dalam apa sahaja yang diceburi. Tetapi bila masanya tiba, anda tinggalkan semuanya di dalam kolam," katanya kepada Bernama sambil menambah keluarga menjadi penyokong utama semasa beliau berhadapan "gelombang pergelutan mental" di kolam renang.
Alicia mengakui beliau bergelut dengan keterbatasan yang dihadapinya selama beberapa tahun, iaitu beliau menjadi perlahan ketika di hujung kolam, satu lagi selepas menerjah dinding kolam dan akhirnya tewas biarpun mendahului pada awalnya.
"Saya juga agak lemah untuk mengekalkan kelajuan di penghujung perlumbaan, beberapa lap awal selalunya lebih baik. Sebagai contoh, dalam acara 200m, saya pantas dalam 100m pertama tetapi dalam 100m kedua adalah di bawah purata kebiasaan," katanya merendah diri.
Bagaimanapun, beliau telah giat berlatih khususnya untuk jarak jauh seperti 400m rampaian individu untuk mencapai kejayaan kerana ini akan meningkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang perenang.
"Jika saya berlatih untuk acara yang lebih lama dan lebih sukar, acara yang singkat menjadi mudah. Itu strategi saya ketika saya balik untuk berlatih," katanya.
Ia adalah motivasi utama kepada saya. Sejak itu, saya terus meningkat dan kekal mengamalkannya," kata Alicia yang mula menyertai pertandingan renang di usia sembilan tahun dan mendapat latihan pertamanya di sebuah kelab tempatan Singapura sebelum menyertai Swimfast Aquatic Club pada 2013.
Alicia, yang tidak pernah berhenti untuk meningkatkan dirinya, menyasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya lima pingat emas dalam Sukma Johor 2020 dalam acara kegemarannya -- 50m, 100m, 200m kuak dada, 200m rampaian individu, juga 200m gaya bebas.
"Saya menanti Sukma Johor, ia bakal menjadi suasana yang hidup dan menyenangkan apabila saya di berada di negeri sendiri. Ia sesuatu yang saya akan usahakan dan memenangi lebih banyak pingat. Renang adalah sebahagian besar daripada kehidupan saya sejak berumur sembilan tahun, saya mahu memastikan ianya berbaloi buat saya dan keluarga dengan kegembiraan dan keperitan yang dialami.
Ia adalah perjalanan yang akan dikenang jadi saya mahukan ia menjadi sesuatu yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan hidup saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2019
Alicia Li Ann Soosai ketika beraksi dalam acara Akhir 50M Wanita Kuak Dada pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Ke-62 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. Foto BERNAMA
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Impian ratu baharu kuak dada Malaysia ke Olimpik
Alicia Li Ann Soosai berjaya menewaskan perenang Hong Kong Natalie Kan Cheuk Tung untuk meraih pingat emas dalam acara 50m kuak dada di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia baru-baru ini.