awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India cipta sejarah menang Piala Thomas buat kali pertama

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2022
10:44 MYT
India cipta sejarah menang Piala Thomas buat kali pertama
Skuad Badminton India meraikan kejayaan selepas pemain perseorangannya Prannoy H S memenangi perlawanan menentang pemain dari Denmark, Rasmus Gemke pada perlawanan separuh akhir Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok hari ini. - Foto BERNAMA
BANGKOK: India mencipta sejarah hari ini apabila merangkul kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali sejak kejohanan badminton berprestij itu diasaskan pada 1948, selepas menewaskan juara bertahan Indonesia.
Pemain nombor 11 dunia, Srikanth Kidambi memenangi perlawanan penentuan menentang pemain nombor 8 dunia, Jonatan Christie sekali gus memperoleh mata kemenangan India, 3-0, menerusi straight set 21-15, 23-21 dalam masa 48 minit.
Terdahulu, pemain nombor 9 dunia, Lakshya Sen memberi keyakinan kepada India selepas permulaan baik dengan menewaskan pemain pilihan Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dalam perlawanan perseorangan pertama 8-21, 21-17, 21-16 dalam tempoh 65 minit.
Rekod terbaik India sebelum ini ialah pada Piala Thomas 1979, apabila berjaya ke separuh akhir.
"Seluruh negara sedang bergembira! Kemenangan ini akan memotivasikan ramai ahli sukan akan datang," kata Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu tweet.
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#badminton
#Indonesia
#sukan
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan