awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris

Bernama
Bernama
29/07/2024
00:15 MYT
India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris
Bhaker meraikan kejayaan sambil mengibarkan bendera negara India selepas memperoleh gangsa bagi acara 10m air pistol wanita di Chateauroux, Perancis, 28 Julai 2024. (Foto AP)
NEW DELHI: Kontinjen India melonjak kegembiraan pada Ahad apabila Manu Bhaker memenangi pingat gangsa dalam acara 10m air pistol wanita di Olimpik Paris, lapor Xinhua.
Berasal dari negeri Haryana di utara India, Bhaker menjadi penembak wanita pertama negara yang memenangi pingat Olimpik. Penembak Korea Selatan Oh Ye-jin mencatat rekod Olimpik baharu dalam acara itu untuk memenangi emas manakala rakan sepasukannya Kim Ye-ji meraih perak.
Perdana Menteri Narendra Modi adalah antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Bhaker atas kejayaan itu.
Beliau memuat naik di X, "Pingat bersejarah! Syabas, @realmanubhaker, kerana memenangi pingat PERTAMA India di #ParisOlympics2024! Tahniah atas pingat gangsa. Kejayaan ini lebih istimewa kerana dia menjadi wanita pertama yang memenangi pingat dalam acara menembak untuk India. Pencapaian yang luar biasa!"
Presiden Droupadi Murmu juga mengucapkan tahniah kepada penembak terkenal itu, dengan berkata "India bangga dengan Manu Bhaker. Pencapaiannya akan memberi inspirasi kepada ramai ahli sukan, terutamanya wanita. Saya berharap dia mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada masa hadapan."
Keluarga penembak wanita itu di Haryana turut meraikan detik kemenangannya dengan mengedarkan manisan kepada jiran dan rakan-rakan.
--BERNAMA-XINHUA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#India
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Manu Bhaker
#Penembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan