awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia juara Kejohanan Badminton Astro Junior 2018

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2018
11:00 MYT
Indonesia juara Kejohanan Badminton Astro Junior 2018
Exist menewaskan Kelab Badminton Anhui Soyu dari china 3-1 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Khamis.
Persiapan rapi selama dua bulan membuahkan hasil kepada kelab badminton Exist dari Indonesia yang berjaya memenangi perlawanan akhir Kejohanan Badminton Astro Junior (AJC) 2018 sekali gus membawa pulang wang tunai RM20,000.
Exist menewaskan Kelab Badminton Anhui Soyu dari China 3-1 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Khamis.
Bagi Pengurus Exist, Hendro penganjuran kejohanan anjuran Astro Kasih ini dapat membantu meningkatkan mutu sukan badminton bagi negara-negara yang menyertainya.
Ujar beliau saingan sengit antara pasukan yang menyertai membuatkan kejohanan ini mempunyai kualiti yang tersendiri.
"Persaingan antara negara sangat kompetitif, dan pembinaan badminton sangat luar biasa hingga memajukan sukan ini di seluruh dunia," katanya ketika ditemui pada Khamis.
Astro Junior, U15, badminton, championship,
Barisan peserta yang menyertai kejohanan itu tahun ini.
Jurulatih Exist, Menarki Sugito tidak menyangka pasukannya mampu bergelar juara kerana pernah tewas pada pelawanan peringkat awal.
"Saya harap di kejohanan seterusnya bakal ada seperti ini lagi dan berharap pasukan ini dijemput semula sekali gus menjadi yang terbaik," katanya.
Sementara itu, bagi Ketua Unit Sukan Astro, Lee Choong Kay kejohanan ini merupakan peluang terbaik untuk para pemain muda yang berbakat untuk menyerlahkan kemahiran mereka dengan peserta dari seluruh Asia.
"Kami berbangga dengan prestasi dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang empat hari kejohanan ini berlangsung.
"Kami berharap mereka dapat menggunakan pengalaman di kejohanan ini sebagai batu loncatan untuk mewakili negara mereka secara profesional di peringkat global," katanya.
Tambah Choong Kay, Astro berharap untuk terus meningkatkan standard keseluruhan badminton dalam kalangan rakyat Malaysia dan memupuk generasi baru juara badminton melalui lebih banyak inisiatif serantau dan global.
Pasukan Exist yang berjaya merangkul tempat pertama pada kejohanan AJC kali ini.
Pasukan Exist yang berjaya merangkul tempat pertama pada kejohanan AJC kali ini.
Pasukan beregu campuran Indonesia, Muhammad Ridhwanul Arifin dan Siti Zarah Azzahra mengutip mata pertama selepas menewaskan pasangan Huang Zhiyong dan Wang Yilin 21-17, 21-16.
Pemain perseorangan lelaki China, Dong Tianyao menyamakan kedudukan selepas menewaskan Iqbal Diaz Saputra 21-16, 21-16 sebelum peseorangan wanita Indonesia, Irgi Apprilla Hizkia Rifa Putri menewaskan Ruan Xinyue 21-19, 21-19 dan meletakkan Indonesia mendahului 2-1.
Pasukan beregu lelaki, Hendrawan dan Muhammad Ridhwanul Arifin mengutip mata kemenangan selepas menewaskan pasangan Liu Yang dan Liu Yi dalam perlawanan yang mendebarkan dan sengit.
Tempat ketiga dan keempat juga dimenangi oleh pasukan dari Indonesia yang diwakili oleh Kelab Badminton Djarum dan Sekolah Sukan Ragunan.
Kejohanan Badminton Astro Junior bawah 15 tahun ini disokong oleh Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ia turut mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; F&N Beverages Marketing; Victor Sports dan Hotel Sofitel Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#AJC
#Asia
#badminton
#BAM
#Belia
#China
#Exist
#Hendro
#Indonesia
#Kejohanan Badminton Astro Junior
#Ketua Unit Sukan Astro
#Kuala Lumpur
#Lee Choong Kay
#lelaki
#pendidikan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan