awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IOC nafi khabar angin pembatalan Olimpik Paris

Bernama
Bernama
04/07/2024
10:40 MYT
IOC nafi khabar angin pembatalan Olimpik Paris
Presiden IOC dan seluruh Gerakan Olimpik teruja menantikan aksi cemerlang Sukan Olimpik Paris. - Gambar/ Reuters
PARIS: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu, lapor Emirates News Agency (WAM).
"Ini jelas merupakan sebahagian daripada kempen maklumat palsu yang sedang berlangsung terhadap Perancis, IOC dan presidennya serta Sukan Olimpik. Ia tidak mempunyai asas fakta sama sekali," menurut IOC lewat Rabu di platform X.
"Presiden IOC dan seluruh Gerakan Olimpik teruja menantikan aksi cemerlang Sukan Olimpik Paris 2024."
Penganjur Perancis berkata mereka akan menyiasat asal usul laporan itu dan Menteri Sukan Amelie Oudea-Castera menolak laporan berkenaan sebagai "berita palsu yang tidak wajar" di X.
"Sukan Olimpik kami akan diadakan di Paris, pada tarikh yang dijadualkan. Kami telah membuat persiapan selama bertahun-tahun; ia akan membawa kegembiraan kepada seluruh dunia dan kebanggaan kepada negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#olimpik paris 2024
#batal
#berita palsu
#politik perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan