awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isaac ketuai cabaran negara di Piala Triatlon Asia 2024

Bernama
Bernama
31/01/2024
22:00 MYT
Isaac ketuai cabaran negara di Piala Triatlon Asia 2024
Isaac Tan akan mengetuai cabaran Malaysia di Piala Triatlon Asia 2024 di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya pada 25 Feb depan. - Gambar IG isaacd_cyclist_
PUTRAJAYA: Jaguh triatlon negara Isaac Tan akan mengetuai cabaran Malaysia di Piala Triatlon Asia 2024 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini pada 25 Feb depan.
Pesuruhjaya Sukan (PJS) Suhardi Alias berkata kejohanan disertai lebih 130 atlet daripada 29 negara itu merupakan pentas terbaik buat atlet Malaysia menguji kehebatan sebenar mereka apabila bersaing bersama jaguh serantau lain.
Beliau berkata kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu akan menggunakan format pecut bermula renang sejauh 750 meter diikuti berbasikal sejauh 20 kilometer (km) dan larian sejauh 5km.
"Platform penting kepada atlet menilai kemampuan untuk membolehkan mereka pergi ke peringkat yang tinggi, terutamanya dengan penyertaan atlet ternama contohnya Hong Kong dan China.
"Kita perlu realistik sebab tinggal beberapa bulan sahaja lagi namun kita yakin apa sahaja boleh berlaku. Kalau tidak di Olimpik Paris, boleh ke seterusnya Los Angeles 2028," katanya kepada pemberita selepas pelancaran acara itu, di sini semalam.
Antara nama besar yang menyertai kejohanan berkenaan ialah Kyotaro Yoshikawa dari Jepun yang berada di kedudukan ke-10 serta atlet China, Fan Junjie dan Wang Nanhe, masing-masing di kedudukan ke-11 dan ke-14, akan menyertai acara lelaki elit manakala pemenang dua kali pingat gangsa Sukan Asia, Bailee Brown dari Hong Kong akan sertai acara elit wanita.
Kejohanan berkenaan menawarkan hadiah US$5,000 kepada kelompok lima terbaik kategori lelaki dan wanita.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Triatlon Malaysia Dr Alex Khoo Peng Chuan berkata pihaknya terus melipatgandakan usaha dalam memperbanyakkan kejohanan triatlon di negara ini dengan Kampar, Perak (Julai) dan Kota Kinabalu, Sabah (November) menjadi destinasi seterusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Isaac Tan
#Piala Triatlon Asia 2024
#Alex Khoo Peng Chuan
#Suhardi Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan